Wednesday, April 28, 2010
PENDAFTARAN MURID TAHUN 1 2011
Kepada ibu bapa/penjaga yang telah membuat permohonan secara online pendaftaran anak masing-masing untuk sesi persekolahan 2011(lahir tahun 2004) tetapi BELUM MENGHANTAR DOKUMEN untuk pengesahan sekolah, sila berbuat demikian dengan kadar SEGERA, iaitu sebelum atau pada 30 April 2010 di sekolah-sekolah yang dipohon.
Monday, April 26, 2010
CERAMAH MOTIVASI TAHAP 2
3 slot ceramah motivasi telah diadakan pada 21 April hingga 22 April 2010 di dewan sekolah untuk murid tahap 2. Ceramah tersebut adalah anjuran bersama PIBG dan Unit Bimbingan & Kaunseling. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh En. Ahmad Badrul Sani b. Baharudin.
Ceramah bagi tahun 6 ~ Pecutan Awal UPSR
Ceramah bagi tahun 5 ~ Persedian Awal UPSR
Ceramah bagi tahun 4 ~ Jelajah Pembicara Gemilang
Diharap semua murid tahap 2 mendapat kesedaran dan bimbingan untuk menjadi "briliant student". Bagi murid tahun 6 pula, kita akan berjumpa lagi Abg Badr pada bulan Jun dan Ogos.

Labels:
Bimbingan dan Kaunseling,
Ceramah Motivasi,
PIBG
Friday, April 23, 2010
Makluman Sekolah Ganti
Dengan segala hormatnya SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan bersekolah pada 24.4.2010 (Sabtu) ini. Merujuk pada pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 21 Disember 2009, sekolah dibenarkan mengambil cuti ganti untuk Hari Raya Puasa pada 24.4.2010 (Sabtu) bagi menggantikan hari persekolahan pada 13.9.2010 (Isnin).
Pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan seperti biasa mengikut jadual pembelajaran hari Isnin. Oleh itu, kerjasama semua ibu bapa adalah diharapkan untuk memaklumkan perkara ini kepada pemandu bas sekolah anak masing-masing.

Monday, April 12, 2010
TEMASYA SUKAN SKS2BK TAHUN 2010
Salam sejahtera
Temasya sukan tahunan SK.Seksyen 2 Bandar Kinrara akan di adakan seperti butiran berikut:
Tarikh : 15 April 2010( Khamis)
Masa : 7:40 pagi hingga 2:30 ptg.
Tempat : Padang SK. Seksyen 2 Bandar Kinrara.
Untuk makluman semua, beberapa acara/pertandingan telah dijalankan sebelum ini, diantaranya :
1) Acara akhir 80 meter ( Tahun 4,5 dan 6 - Lelaki/perempuan)
2) Acara akhir 4 x 200 meter ( tahun 4,5 dan 6 - Lelaki/perempuan)
3) Tarikh tali
4) Sukantara antara rumah.
Makluman Lain.
1.Raptai Penuh akan diadakan pada 14 April 2010( Rabu), gotong royong persiapan khemah dan padang akan dijalankan pada sebelah petangnya.
Sekian, terima kasih.

KANTIN SKS2BK DIBUKA SEMULA
Kantin sekolah telah dibenarkan beroperasi semula oleh Pejabat Kesihatan Daerah Petaling mulai hari ini, Isnin 12 April 2010. Kantin akan mula berjualan seperti biasa mulai jam 7.00 pagi setiap hari persekolahan.
Sekian, terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Wednesday, April 7, 2010
KANTIN SKS2BK DIARAH TUTUP
Kantin SKS2BK diarah tutup oleh Pejabat Kesihatan Daerah Petaling(PKD) atas kesalahan tidak mematuhi beberapa kriteria seperti yang ditetapkan. Arahan berkuatkuasa mulai jam 4.00 petang 07 April 2010 hingga 21 April 2010. Namun begitu, sekiranya semua kriteria telah dipatuhi, pengusaha kantin boleh beroperasi lebih awal dari tarikh 21 April 2010, setelah mendapat kelulusan dari pihak PKD.
Walau bagaimanapun, pihak kantin masih dibenarkan untuk menjual roti atau kek yang dibekalkan oleh "bakery" serta minuman dalam kotak dan air mineral untuk murid-murid sekolah ini.
Oleh itu, kerjasama daripada semua ibu bapa diperlukan agar dapat menyediakan bekalan makanan untuk anak masing-masing sekiranya tidak mahu membeli di kantin sekolah. Pihak sekolah akan memaklumkan kepada semua murid sekiranya kantin dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Pihak sekolah memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.
PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 5 & 6 BAGI TAHUN 2010
Guru bimbingan dan kaunseling akan membimbing murid-murid ini melalui sesi kaunseling kelompok yang dijalankan semasa relif dan mata pelajaran bukan teras dan guru kelas membantu murid memahami program ini.
Cikgu Azean bt. Othman akan membantu setiap kumpulan daripada kelas tahun 5 dan Cikgu Juliana bt. Wahid akan membantu setiap kumpulan daripada kelas tahun 6.
Diharap usaha murni ini dapat mendekatkan lagi murid-murid kepada guru bimbingan dan kaunseling disamping dapat membimbing murid-murid agar lebih cemerlang dalam pelajaran masing-masing.
Monday, April 5, 2010
SENARAI AJK PIBG 2010/2011
CARTA ORGANISASI
PERSATUAN IBU BAPA & GURU
SK SEKSYEN 2 BANDAR KINRARA
SESI 2010/2011
PENASIHAT
PN. MAIMOON BT. DUSA
YANG DIPERTUA
EN. HAMLAY BIN OTHMAN
NAIB YANG DIPERTUA
EN. MOHD ZULHAIZAN BIN MOHD NOOR
SETIAUSAHA
PN. ZAIDA BINTI SALEH
BENDAHARI
PN. FOO YEONG CHING
SK SEKSYEN 2 BANDAR KINRARA
SESI 2010/2011
PENASIHAT
PN. MAIMOON BT. DUSA
YANG DIPERTUA
EN. HAMLAY BIN OTHMAN
NAIB YANG DIPERTUA
EN. MOHD ZULHAIZAN BIN MOHD NOOR
SETIAUSAHA
PN. ZAIDA BINTI SALEH
BENDAHARI
PN. FOO YEONG CHING
AJK IBU BAPA
1. En.Hasni b. Jusoh
2. Pn. Manjit Kaur
3. En. Herman Lim
4. En. Mohd Nazaruddin b. Mohd yusoff
5. En. Azizul Rahman b. Mohd Ghazali
3. En. Herman Lim
4. En. Mohd Nazaruddin b. Mohd yusoff
5. En. Azizul Rahman b. Mohd Ghazali
6. En. Tajul Arus b. Razali
7. Pn. Sujanah bt. Shariff
7. Pn. Sujanah bt. Shariff
AJK GURU
1. Cik Azean bt. Othman
2. Pn. A. Anita Jeyamalar
3. Pn. Nasuha bt. Ariffin
4. Pn. Zadita bt. Othman
JURUAUDIT
1. En. Norazri b. Abu Bakar
2. En. Santhirasegaran
Subscribe to:
Posts (Atom)