Friday, April 23, 2010

Makluman Sekolah Ganti

Dengan segala hormatnya SK Seksyen 2 Bandar Kinrara akan bersekolah pada 24.4.2010 (Sabtu) ini. Merujuk pada pekeliling Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 21 Disember 2009, sekolah dibenarkan mengambil cuti ganti untuk Hari Raya Puasa pada 24.4.2010 (Sabtu) bagi menggantikan hari persekolahan pada 13.9.2010 (Isnin).

Pengajaran dan pembelajaran akan dijalankan seperti biasa mengikut jadual pembelajaran hari Isnin. Oleh itu, kerjasama semua ibu bapa adalah diharapkan untuk memaklumkan perkara ini kepada pemandu bas sekolah anak masing-masing.

No comments:

Post a Comment