Wednesday, April 7, 2010

PROGRAM MENTOR MENTEE TAHUN 5 & 6 BAGI TAHUN 2010




Program Mentor Mentee telah dijalankan di sekolah mulai bulan Februari bagi murid tahun 6 dan bulan Mac bagi murid tahun 5. Program ini dianjuran oleh Unit Bimbingan & Kaunseling bersama JK Kecemerlangan Tahun 5 & 6. Setiap murid dibahagikan ke dalam beberapa kumpulan di kelas masing-masing dan dibimbing oleh guru mata pelajaran yang terpilih.

Guru bimbingan dan kaunseling akan membimbing murid-murid ini melalui sesi kaunseling kelompok yang dijalankan semasa relif dan mata pelajaran bukan teras dan guru kelas membantu murid memahami program ini.

Cikgu Azean bt. Othman akan membantu setiap kumpulan daripada kelas tahun 5 dan Cikgu Juliana bt. Wahid akan membantu setiap kumpulan daripada kelas tahun 6.

Diharap usaha murni ini dapat mendekatkan lagi murid-murid kepada guru bimbingan dan kaunseling disamping dapat membimbing murid-murid agar lebih cemerlang dalam pelajaran masing-masing.

No comments:

Post a Comment