Wednesday, April 7, 2010

KANTIN SKS2BK DIARAH TUTUP
Kantin SKS2BK diarah tutup oleh Pejabat Kesihatan Daerah Petaling(PKD) atas kesalahan tidak mematuhi beberapa kriteria seperti yang ditetapkan. Arahan berkuatkuasa mulai jam 4.00 petang 07 April 2010 hingga 21 April 2010. Namun begitu, sekiranya semua kriteria telah dipatuhi, pengusaha kantin boleh beroperasi lebih awal dari tarikh 21 April 2010, setelah mendapat kelulusan dari pihak PKD.
Walau bagaimanapun, pihak kantin masih dibenarkan untuk menjual roti atau kek yang dibekalkan oleh "bakery" serta minuman dalam kotak dan air mineral untuk murid-murid sekolah ini.
Oleh itu, kerjasama daripada semua ibu bapa diperlukan agar dapat menyediakan bekalan makanan untuk anak masing-masing sekiranya tidak mahu membeli di kantin sekolah. Pihak sekolah akan memaklumkan kepada semua murid sekiranya kantin dibenarkan beroperasi seperti biasa.
Pihak sekolah memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.

No comments:

Post a Comment