Tuesday, September 30, 2014

INTERNATIONAL HORSE SHOW VMY 2014

Pada 27 September yang lepas, SK Seksyen 2 Bandar Kinrara telah menyertai Pertandingan Mewarna Arca Kuda bersempena dengan International Horse Show VMY 2014 di Kelab Lumba Kuda Selangor, Seri Kembangan. Sekolah diberikan arca kuda selama empat minggu dan dikehendaki mencorakkan kuda tersebut bertemakan Tahun Melawat Malaysia 2014. Hasil usaha gigih ini membuahkan hasil yang memberangsangkan apabila sekolah memenangi tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Sekolah telah memenangi wang tunai sebanyak RM 2,000. Tahniah kepada guru-guru yang terlibat secara aktif iaitu Puan Hawa bt Hamzah, Cik Pang Chin Chee dan Pn Norrihan Jamaluddin. 







Arca kuda yang dihasilkan oleh SK Seksyen 2 Bandar Kinrara













No comments:

Post a Comment