Tuesday, September 30, 2014

PROGRAM PERINTIS USAHAWAN (KELAB USAHAWAN SEKOLAH)

Pada 27 dan 28 September yang lalu, ahli Kelab Usahawan Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara telah menyertai Program Perintis Usahawan 2014 yang bertembat di De' Palma Hotel dan SACC Mall Shah Alam. Acara yang dianjurkan oleh Syarikat Permainan Malaysia (SPM) tersebut telah melibatkan enam buah sekolah rendah dari kawasan sekitar negeri Selangor. Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dijalankan seperti Persembahan Mempromosikan Produk SPM dan Pertandingan Saidinalimpik. Selain itu, murid-murid yang menyertai program ini juga telah menjadi 'Promoter' dan 'Jurujual' bagi mempromosikan produk permainan dalaman keluaran SPM ini. Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara telah memenangi tempat keempat dalam Pertandingan Saidinalimpik/ Selain itu, Saudara Basir dan Saudara Aniq telah dinobatkan sebagai 'Promoter' terbaik. Guru pengiring yang telah turut serta dalam program tersebut ialah Puan Aenszan, Cik Nur 'Atiqah dan Puan Norhayati. 


Perbincangan ahli kumpulan

Peserta program menjamu selera



 
Menunggu giliran untuk membuat persembahan

Para peserta diberikan taklimat


Saudara Aniq sedang mempromosikan barangan SPM



Sekitar Pertandingan Saidinalimpik


Persembahan penutupan oleh kumpulan Hijjaz dan Saujana

Anugerah 'Promoter' Terbaik

Peserta yang memenangi tempat keempat dalam Pertandingan Saidinalimpik 2014

No comments:

Post a Comment