Thursday, September 25, 2014

PERTANDINGAN ALAT PERKUSI SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN (TAHUN 2 DAN TAHUN 3)

Pertandingan Alat Perkusi sempena Bulan Kemerdekaan telah diadakan di Pusat Sumber Sekolah pada 24 dan 25 September 2014. Sepuluh orang wakil daripada setiap kelas bagi Tahun 2 dan Tahun 3 telah menyertai pertandingan ini. Kelas yang memenangi pertandingan ini ialah kelas 2 Amanah bagi Tahun 2 dan kelas 3 Efisyen bagi Tahun 3. Puan Syazwani Pong dan Cik Pang Chin Chee telah menjadi juri sepanjang pertandingan dijalankan. Sekalung tahniah diucapkan kepada kelas-kelas yang telah memenangi pertandingan ini. Semoga pertandingan ini dapat mencungkil lagi bakat-bakat terpendam murid-murid Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara. 







Kelas 3 Efisyen yang memenangi Pertandingan Alat Perkusi

No comments:

Post a Comment