Monday, June 11, 2012

LATIHAN SUKAN TAHUNAN 2012

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan Temasya Sukan Tahunan 2012 seperti butiran berikut :
Tarikh : 14 Julai 2012 (Sabtu)
Masa : 7.30 pagi hingga 1.00 tengah hari
Tempat : Padang SK Seksyen 2 Bandar Kinrara

Sehubungan dengan itu, latihan sukan tersebut akan dijalankan seperti maklumat di bawah :

Isnin : Rumah Merah (11 & 18 Jun 2012)
Selasa : Rumah Biru (12 & 19 Jun 2012)
Rabu : Rumah Hijau (13 & 20 Jun 2012)
Khamis : Rumah Kuning (14 & 21 Jun 2012)

Murid-murid yang terlibat dengan latihan ini adalah terdiri daripada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Masa yang diperuntukkan bagi setiap rumah sukan adalah selama 2 jam. Latihan bermula pada pukul 2.00 petang sehingga pukul 4.00 petang. Murid-murid yang terlibat dengan latihan sukan pada masa yang telah ditetapkan diminta memakai pakaian sukan.

Para ibu, bapa dan penjaga diminta menyediakan makanan dan minuman yang mencukupi pada setiap kali latihan dijalankan. Tuan/puan juga diminta menyediakan kemudahan pengangkutan yang sewajarnya untuk keperluan anak masing-masing.

No comments:

Post a Comment