Sunday, June 17, 2012

TAHNIAH SPBT SKS2BK

Pada 14 Jun 2012 (Khamis) yang lalu, Guru Besar, GPK 1, Pn. Noraini dan En.Mohd. Fadzli telah menghadiri majlis sambutan Hari Guru peringkat PPD Petaling Pedana. Majlis tersebut telah diadakan di dewan MAEP, Serdang. Majlis tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Pelajaran Negeri Selangor serta warga PPD Petaling Perdana dan guru-guru daripada semua sekolah di daerah Petaling Perdana. Pada majlis tersebut pelbagai anugerah telah disampaikan. Salah satu anugerah yang telah disampaikan ialah Anugerah Kualiti Pengurusan BOSS PPD Petaling Perdana 2012 yang telah diterima SKS2BK. Tahniah diucapkan kepada Cikgu Afifah serta AJK SPBT SKS2BK 2012 kerana telah berjaya melakar kejayaan tersebut. Semoga kejayaan yang diperoleh ini menjadi inspirasi kepada warga SKS2BK yang lain.

No comments:

Post a Comment