Friday, June 22, 2012

SEMAK SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR


SK Seksyen 2 Bandar Kinrara telah mengadakan Hari Terbuka pada 22 Jun 2012 (Jumaat). Ramai ibu, bapa dan penjaga yang telah hadir untuk mengambil slip peperiksaan anak masing-masing. Tahniah diucapkan kepada murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang. Bagi murid-murid yang kurang berjaya, anda masih ada masa untuk memperbaiki kedudukan anda pada ujian bulanan dan peperiksaan akhir tahun nanti.

Kepada ibu, bapa dan penjaga yang ingin melihat semula keputusan anak-masing-masing, tuan/puan boleh melayari laman sesawang Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) secara dalam talian di http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php . Tuan/puan hanya perlu memasukkan nombor sijil lahir / nombor kad pengenalan pelajar, klik pada "Sekolah Rendah" dan pilih tahun yang betul.

No comments:

Post a Comment