Sunday, June 17, 2012

PERPINDAHAN USTAZAH TENGKU NASNUL ATIKAH

Pada 1 Jun 2012 yang lalu, SKS2K telah mendapat satu perkhabaran yang menyedihkan di mana salah seorang guru di sekolah kita telah meninggalkan kita semua. Beliau ialah Ustazah Tengku Hasnul Atikah guru Pendidikan Agama Islam. Beliau telah berjaya dalam permohonan pertukaran yang telah dibuat pada bulan April yang lalu. Tujuan beliau berpindah adalah kerana mengikut suami tercinta bertugas di negeri Terengganu Darul Iman.

Beliau adalah seorang guru yang banyak berjasa kepada sekolah terutamanya dalam Kelab Usahawan Muda di mana beliau adalah orang di belakang tabir yang menguruskan dan mengatur strategi sehingga berjaya memenangi pertandingan yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Pertandingan tersebut diadakan saban tahun di Kompleks PKNS, Shah Alam.

Dengan pemergian beliau, SKS2BK telah kehilangan seorang lagi guru yang berwibawa di sekolah ini. Walau bagaimanapun, kami warga SKS2BK mendoakan agar Ustazah Atikah bahagia di sisi suami tercinta dan cemerlang di dalam kerjayanya di sana. Terima kasih ustazah kerana telah mencurahkan banyak ilmu dan tunjuk ajar kepada kami semua. Sampai kita berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment