Wednesday, June 26, 2013

CUTI KHAS JEREBU KE-2

Fenomena jerebu masih melanda dikebanyakan negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Daerah Pelabuhan Klang dan Petaling Perdana merupakan daerah yang paling teruk terjejas dengan fenomena ini. Daerah-daerah dikategorikan sebagai daerah yang berada di dalam zon sangat tidak sihat. Oleh yang demikian, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah memaklumkan bahaya sekolah-sekolah di dalam kawasan ini diberi cuti bagi mengelakkan murid-murid, guru-guru dan kakitangan sekolah daripada menghadapi risiko terdedah kepada bahaya penyakit yanng dibawa oleh jerebu tersebut. Maka pada 26 Jun 2013 (Rabu), SKS2BK akan bercuti selama 1 hari lagi. Ini merupakan kali kedua sekolah ini ditutup akibat jerebu.  Sekolah akan dibuka semula pada tarikh dan masa yang akan diberitahu kelak. Sekian, harap maklum.

1 comment:

  1. Salam,

    Terima kasih kerana makluman itu. Harap pihak sekolah dapat mengeluarkan notis melalui SMS seperti biasa dan tidak begantung harap kepada blog sekolah dan notis.

    Terima kasih.

    ReplyDelete