Monday, June 24, 2013

PEMBUKAAN OPERASI SEKOLAH

Fenomena jerebu bukanlah suatu perkara yang baharu bagi penduduk di Malaysia. SKS2BK telah ditutup pada 24 Jun 2013 (Isnin). Sekolah akan dibuka semula pada 25 Jun 2013 (Selasa). Ini adalah berikut arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bahawa semua sekolah wajib dibuka jika kadar Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di bawah paras 300. 

Justeru itu, semua warga SKS2BK diwajibkan hadir ke sekolah seperti biasa pada hari Selasa ini bagi meneruskan sesi persekolahan yang telah tertangguh. Oleh kerana sesi persekolahan telah dibuka walaupun keadaan jerebu masih belum pulih sepenuhnya, murid-murid dinasihatkan agar memakai topeng mulut untuk mengelakkan masalah kesihatan. 

Bagi murid yang mempunyai masalah penyakit yang berkaitan pernafasan digalakkan berehat di rumah agar tidak menimbulkan masalah ketika pengajaran dan pembelajaran berjalan. Murid-murid juga digalakkan untuk membawa air minuman yang banyak untuk diminum semasa berada di sekolah. Perkembangan terkini akan dimaklumkan kepada semua melalui laman sesawang rasmi sekolah. Sekian, harap maklum.

3 comments:

  1. Terima kasih di atas makluman namun ianya agak mengelirukan kerana pihak bas sekolah memaklumkan bahawa sekolah masih ditutup pada 25hb.Jun, 2013.

    Jadi sudah pasti ini menimbulkan kekeliruan & masalah bagi ibubapa yang bekerja untuk menghantar & mengambil anak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. En. Azhar Johari,
      Terima kasih di atas komen yang diberikan. Untuk pengetahuan tuan, pihak sekolah telah mendapat arahan agar membuka sekolah pada tarikh tersebut. Diharapkan agar tuan sentiasa mendapatkan maklumat yang tepat dengan melayari laman sesawang rasmi sekolah atau menelefon sekolah secara terus. Sekian, terima kasih.

      Delete
  2. En. Mohd Fadzil, terima kasih membalas e-mail saya. Memang betul apa yang dikatakan tetapi sudah pasti timbul masalah bila pihak van sekolah tak mahu mengambil & menghantar anak atas alasan keadaan jerebu.

    ReplyDelete