Monday, January 27, 2014

AKTIVITI KOKURIKULUM TAHUN 2014

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan melaksanakan aktiviti kokurikulum bagi semua murid Tahun 3, 4, 5, dan 6 sepanjang Februari hingga Oktober 2014. Merujuk Pekeliling Bil.1/1985 KP(BS) 6591 Jld.11(29) bertarikh 2 Januari 1985, semua murid wajib menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah.

Jadual aktiviti kokurikulum bagi tahun 2014 telah diberikan kepada anak masing-masing. Murid Tahun 3 dikehendaki menghadiri kelab dan persatuan sahaja manakala murid Tahun 4, 5 & 6 dikehendaki menghadiri setiap unit. Tuan/puan juga diminta menguruskan pengangkutan balik anak tuan/puan sepanjang aktiviti tersebut dijalankan.

Borang kebenaran menyertai aktiviti kokurikulum 2014 telah diedarkan kepada anak masing-masing. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada guru kelas masing-masing sebelum atau pada 5 Februari 2014.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

No comments:

Post a Comment