Monday, January 6, 2014

MAJLIS PERMUAFAKATAN IBU/BAPA/PENJAGA DENGAN GURU-GURU TAHUN 5 & 6


Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan majlis tersebut seperti butiran berikut : -

Tarikh : 11 Januari 2014 (Sabtu)
Masa : 8:30 pagi - 11:00 pagi
Tempat : Dewan Serambi Warisan
Sasaran : Ibu/Bapa/Penjaga Murid Tahun 5 & 6

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dijemput hadir bagi membantu menentukan dan memastikan kejayaan anak-anak tuan/puan dalam UPSR 2014 & 2015 nanti sekaligus dapat merealisasikan visi sekolah ke arah kecemerlangan.

Tuan/puan diminta memaklumkan kehadiran tuan/puan dengan mengembalikan lampiran yang disertakan bersama surat edaran yang telah diserahkan melalui anak-anak tuan/puan sebelum 9/1/2014.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.




No comments:

Post a Comment