Monday, January 13, 2014

LATIHAN MERENTAS DESA 2014

Aktiviti merentas desa adalah salah satu aktiviti panitia Pendidikan Jasmani & Kesihatan dalam merealisasikan Dasar 1Murid 1Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Justeru itu, satu latihan persediaan akan dilaksanakan sebagai pendedahan awal tentang aktiviti tersebut. Selain daripada itu, latihan ini juga memberi panduan kepada semua murid untuk mengenal pasti laluan yang akan dilalui oleh mereka. Aktiviti ini akan diadakan mengikut butiran berikut : -

Tarikh : 15 Januari 2014 (Rabu)
Masa : 2:00 - 4:00 petang
Tempat : Sekitar Bandar Kinrara dan Bukit Kuchai

Oleh kerana aktiviti ini akan dijalankan di luar kawasan sekolah, pihak sekolah sangat berbesar hati untuk menerima sumbangan tenaga semua ibu bapa yang berkelapangan untuk membantu pihak sekolah mengawal lalu-lintas demi keselamatan anak-anak kita semua. Jasa baik tuan/puan amatlah diperlukan dan dihargai. Sokongan dan kerjasama daripada tuan/puan di dalam hal ini kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.




No comments:

Post a Comment