Thursday, January 16, 2014

PEMBERIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2014

Sukacita dimaklumkan bahawa pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan Tahun 2014 oleh KPM sebanyak RM100.00 seorang bagi semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 akan diadakan seperti butiran berikut : -
Tarikh : 20.1.2014 (Isnin)
Masa : 11:00 pagi - 1:00 petang
Tahun : Tahun 1 hingga 6
Tempat : Bilik Darjah 

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki hadir dengan membawa salinan sijil kelahiran atau MyKid anak masing-masing sebagai bukti. Kegagalan tuan/puan menunjukkan bukti tersebut akan menjejaskan pengurusan penyerahan bantuan tersebut di peringkat sekolah.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan di dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

No comments:

Post a Comment