Thursday, April 30, 2009

BULAN PEMAKANAN SIHAT ANJURAN HOSPITAL SERDANG

Hari ini iaitu 30 April 2009 (Khamis) sekolah kita dan beberapa buah sekolah yang terpilih telah dijemput untuk memasuki pertandingan mewarna bagi tahap 1 dan kuiz kesihatan bagi tahap 2 di Hospital Serdang.

Bagi pertandingan kuiz kesihatan sekolah kita telah mendapat tempat ket-3 dengan perbezaan 1 markah dari tempat ke-2 dan perbezaan 4 markah dari tempat pertama. Dari peringkat saringan pertama mengalahkan pelajar SJK (T) Kajang. Seterusnya ke peringkat separuh akhir mengalahkan pelajar SK Putrajaya Presint 8 dan akhirnya menjadi salah satu daripada 4 buah sekolah yang mara ke peringkat akhir.

Tahniah ! buat adik Aiman Anaqi, Amirah dan Monica dari kelas 6 Zuhal. Kita akan pergi ke Hospital Serdang lagi untuk mengambil hadiah dalam satu lagi majlis pada 14 Mei 2009.

Semoga semua "kanak-kanak sihat, negara lebih sihat"yang merupakan tema bulan pemakanan sihat. Oleh itu diharap semua "kanak-kanak SKS2BK sihat, SKS2BK lebih sihat".

1 comment:

  1. tahniah buat aiman, amirah dan monica. berbaloi gak anta murid walaupun last minit anta borang. semoga murid sks2bk akan lebih cemerlang dalam pertandingan yang disertai pada masa akan datang. go..go..chayo sks2bk

    ReplyDelete