Monday, April 13, 2009

MAJLIS PELANCARAN PERMATApintar NEGARA

Majlis pelancaran di atas telah disempurnakan oleh YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Penaung Program PERMATApintar Negara di SK Komplek Wawasan, USJ 15 pada 13 April 2009 dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Objektif program ini dilancarkan adalah berhasrat untuk mengenalpasti pelajar pintar seawal mungkin serta memastikan pelajar-pelajar pintar cerdas tidak terabai, malah diberi pendidikan bersesuaian dengan kemampuan intelek mereka dan menjadi individu yang berdaya tinggi di peringkat nasional dan global.
Program permata pintar akan dilaksanakan dalam beberapa fasa dan dimulakan dengan usaha mengenalpasti pelajar terbabit. Kanak-kanak yang terpilih adalah antara umur 9 - 15 tahun melalui ujian saringan IQ PERMATApintar secara atas talian iaitu UKM1. Mereka yang berjaya akan melalui ujian saringan fasa 2 iaitu UKM2 di kampus UKM Bangi dan seterusnya UKM3. Ujian UKM1 boleh dibuat melalui internet di sekolah atau dilakukan sendiri oleh ibu bapa di rumah dan boleh dilayari di http//www.permatapintar.com.my. bagi pelajar yang berjaya melepasi saringan ke-3, akan terpilih untuk belajar di sekolah khas yang dibina di UKM. Untuk maklumat lanjut sila layari laman web yang diberikan.

No comments:

Post a Comment