Friday, April 10, 2009

SKS2BK TERCALON DALAM SENARAI SEKOLAH PERKASA NEGERI SELANGOR 2009

SKS2BK disenaraikan untuk pencalonan sekolah perkasa negeri selangor bersama 126 buah sekolah yang lain. Sekolah perkasa adalah memberi fokus kepada Sekolah Kebangsaan (SK) yang mempunyai bahasa pengantar Bahasa Malaysia. Tujuan memperkasakan SK adalah supaya SK menjadi pilihan utama pelbagai kaum yang bertujuan untuk memperkukuh perpaduan, menanam semangat patriotisme, hidup saling bekerjasama serta meningkatkan toleransi di kalangan pelajar pelbagai kaum selaras aspirasi nasional. Bagi merealisasikan SKS2BK digelar sekolah perkasa, syarat-syarat/kriteria berikut perlu ada atau diberi penambahbaikan. Antaranya:-
1. Pemimpin dan guru yang cekap, terlatih dan berkualiti
2. Penawaran dan pelaksanaan kurikulum berasaskan pelanggan
3. penawaran dan pelaksanaan kokurikulum yang berkesan
4. pencapaian sahsiah pelajar cemerlang
5. Beraspirasi nasional
6. Sistem sokongan yang kuat
7. pencapaian akademik yang cemerlang
8. Iklim dan budaya sekolah yang sihat
9. Semua pelajar menguasai 3M
10.Menawarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil
11.Infrastruktur lengkap dan berkualiti
Oleh itu, kerjasama rapat semua pihak iaitu warga sekolah, PIBG, komuniti setempat dan NGO sangat penting.