Wednesday, April 15, 2009

PENCARIAN PERMATApintar NEGARA

Program PERMATApintar Negara dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia dan UKM, telah dilancar bertujuan untuk mengesan pelajar pintar, cerdas berbakat sejak awal usia. Ini bagi membolehkan pelajar-pelajar ini mendapat bimbingan dan peluang yang sewajarnya setanding kepintaran yang dimilikinya. Oleh itu, bagi mengesan pelajar-pelajar ini, UKM melancarkan ujian saringan atas talian UKM1 yang boleh dilayari melalui laman web: http//www.permatapintar.com.my. Pelajar-pelajar yang boleh menjalani ujian saringan ini adalah yang berumur antara 9 - 15 tahun. Ibu bapa adalah sangat-sangat digalakkan untuk memberi peluang anak-anak tuan puan untuk menjalani ujian saringan ini. Ujian ini dibuka mulai sekarang sehingga 30 Mei 2009. Anak-anak yang pintar, cerdas berbakat ini, tidak semestinya hanya mereka yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan di kelas, tetapi mereka yang di tahap sederhana juga mungkin mempunyai keistimewaan tersendiri yang dapat dikesan oleh pakar-pakar dalam bidang ini. Kanak-kanak yang dikesan kepintarannya akan dikategorikan dalam 3 bidang iaitu matematik, sains dan penulisan kreatif. Anak anda mungkin merupakan kanak-kanak pintar, cerdas berbakat. Oleh itu berilah mereka peluang mengambil ujian atas talian tersebut. Jika anak anda melepasi ujian saringan UKM1, mereka akan menjalani ujian saringan UKM2 dan UKM3. Andainya melepasi ketiga-tiga ujian saringan ini, mereka akan dihantar menyertai kem musim cuti sekolah pada Jun dan Disember nanti. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment