Thursday, January 17, 2013

PEMBERIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 2013

Dimaklumkan bahawa Pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan Tahun 2013 Kementerian Pelajaran Malaysia sebanyak RM100.00 seorang bagi semua murid Tahun 1 hingga Tahun 6 yang akan diadakan seperti butiran berikut : -

Tarikh : 17.01.2013 (Khamis)
Masa : 11.00 - 1.00 petang
Tahun : Tahun 4, 5 dan 6
Tempat : Kelas anak masing-masing

Tarikh : 18.01.2013 (Jumaat)
Masa : 10.30 - 11.45 pagi
Tahun : Tahun 1, 2 dan 3
Tempat : Kelas anak masing-masing

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dikehendaki hadir bersama anak masing-masing sebagai penerima bantuan tersebut. Kegagalan tuan/puan untuk hadir bersama anak masing-masing akan menjejaskan pengurusan bantuan tersebut di peringkat sekolah.

Sokongan dan kerjasama tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

No comments:

Post a Comment