Tuesday, January 8, 2013

PROGRAM MAJU DIRI

Bermula esok (9/1/13) murid-murid Tahap 2 iaitu Tahun 4, 5 dan 6 akan mengikuti Program Maju Diri (PMD). Program ini diatur setiap awal tahun bagi memberi motivasi kepada murid untuk belajar dengan lebih rajin dan tekun. Banyak aktiviti yang menarik dilakukan semasa program ini berlangsung. Semua aktiviti yang dirancang telah dimasukkan ke dalam sebuah fail sebagai rujukan kepada semua guru kelas mahupun guru mata pelajaran. Fail tersebut akan diletakkan di dalam kelas masing-masing bagi memudahkan guru-guru membuat rujukan.

Program ini dijalankan di dalam waktu pengajaran dan pembelajaran selama 3 hari iaitu pada Rabu, Khamis dan Jumaat. Sepanjang program ini, murid-murid dikehendaki menyediakan serta membawa senaskhah buku rampaian untuk membuat catatan-catatan penting yang akan diberikan oleh guru-guru yang mengajar.  Catatan ini boleh digunakan dalam pembelajaran sebagai satu kemahiran belajar yang berkesan. Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, SKS2BK. Selamat Maju Jaya.

No comments:

Post a Comment