Saturday, January 19, 2013

SARANA IBU BAPA

Merupakan suatu inisiatif kebangsaan bagi meningkatkan penglibatan ibu bapa dalam pembelajaran anak-anak di dalam dan di luar sekolah demi kecemerlangan masa hadapan negara yang tercinta.

MENGAPA SARANA IBU BAPA?

Kajian peringkat antarabangsa PISA menunjukkan bahawa cara bagaimana ibu bapa menggunakan masa bersama anak di rumah mempengaruhi kejayaanya.

APA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH IBU BAPA?
  1. Penyediaan suasana pembelajaran di rumah.
  2. Interaksi sosial dengnan anak.
  3. Komunikasi dengan anak.
  4. Sokongan akademik.
MENGAPA IBU BAPA PATUT TERLIBAT DALAM PEMBELAJARAN ANAK?

Faedah Kepada Anak
  • Mendapat markah dan gred ujian yang lebih baik.
  • Mempunyai nilai kendiri dan motivasi yang lebih tinggi.
  • Kehadiran ke sekolah lebih bagus.
  • Kadar pelanggaran disiplin sekolah berkurangan.
  • Keciciran persekolahan dapat dielakkan.
Faedah Kepada Ibu Bapa
  • Boleh belajar bagaimana untuk membantu anak menyelesaikan kerja rumah.
  • Ibu bapa dapat mengetahui prosedur dan kaedah membantu anak di sekolah.
  • Dapat berkongsi ilmu keibubapaan bersama ahli PIBG yang lain.
  • Anda akan dapati lebih mudah untuk menyediakan suasana rumah yang sihat.

No comments:

Post a Comment