Saturday, January 26, 2013

PERKHIDMATAN SISTEM PESANAN RINGKAS MY SCHOOL SMS

Dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan melancarkan perkhidmatan sistem pesanan ringkas "My School SMS" mulai 2013 bagi tujuan penghantaran notis atau maklumat terkini kepada ibu bapa/penjaga dengan lebih pantas. Kadar caj perkhidmatan yang dikenakan adalah seperti berikut : -
  1. RM10.00 setahun - untuk 1 talian
  2. RM20.00 setahun - untuk 2 talian
Borang permohonan boleh diperolehi daripada guru kelas anak masing-masing atau pejabat sekolah. Borang yang telah lengkap hendaklah dikembalikan kepada guru kelas anak tuan/puan beserta wang caj perkhidmatan sebelum atau pada 1 Februari 2013. Sistem ini dikendalikan oleh pihak sekolah sendiri.

Sokongan dan kerjasama tuan/puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

No comments:

Post a Comment