Thursday, January 10, 2013

SUMBANGAN ALAT TULIS 1 MALAYSIA


SK Seksyen 2 Bandar Kinrara amat bertuah kerana terpilih sebagai salah sebuah sekolah yang menerima sumbangan alat tulis 1 Malaysia. Sumbangan alat tulis tersebut disumbangkan oleh YB Datuk Dr. Hj. Satim bin Diman, Adun Sri Serdang. Beliau telah berbesar hati menyumbangkan alat tulis yang terdiri daripada kotak pensel, pensel, pembaris, pemadam dan pengasah pensel. Sumbangan tersebut telah disampaikan di Dataran Bestari, SKS2BK pada 9 Januari 2013 (Rabu). 


Ribuan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk kerana sudi menyampaikan sumbangan tersebut kepada murid-murid Tahun 1. Sumbangan ini telah memberi peluang kepada murid-murid untuk digunakan dalam pembelajaran nanti. Semoga lebih banyak lagi sumbangan yang akan diterima daripada Yang Berhormat Datuk mahupun daripada mana-mana pihak yang prihatin akan kebajikan sekolah ini. Diharapkan agar segala sumbangan yang bermanfaat ini dapat meningkatkan lagi mutu persekolah di SK Seksyen 2 Bandar Kinrara yang disayangi ini.


No comments:

Post a Comment