Wednesday, June 18, 2008

Ceramah Kesedaran Keselamatan Kanak-Kanak

Kita sering berpendapat negara kita umumnya, sekeliling kita khususnya adalah selamat untuk anak-anak kita. Ironinya, kes-kes jenayah terutamanya jenayah penculikan kanak-kanak semakin meningkat statistiknya. Atas kesedaran terhadap senario semasa ini, PIBG dan pihak sekolah telah mengambil langkah memberi pendedahan kepada murid-murid SKS2BK, kaedah untuk bertindak ketika berhadapan dengan jenayah penculikan. Ceramah berserta demo untuk Tahap 2, bertajuk Bertindak Bijak Berhadapan Ancaman Bahaya Jenayah telah diadakan pada hari ini sempena Minggu HEM. Ceramah diberikan oleh Master Saiful Hamiruzzaman Mohd Nazi di dewan sekolah dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Untuk rekod , Master Saiful dijemput khas dari The Green Hornet Sdn Bhd. Jutaan terima kasih dari pihak sekolah kepada ibu bapa yang memberi sumbangan menaja ceramah ini.
















1 comment:

  1. Assalamua'alaikum wbr dan salam sejahtera.
    Saya ada mengikuti ceramah tersbut dan didapati amat bersesuaian, malah patut diadakan selalu demi keselamatan pelajar.Untuk ketua Biro pastikan kehadiran anda sebagai tanda tanggungjawab.
    Minggu HEM akan lebuh bermakna dengan program ynag memberi manfaat kepada pelajar.
    Terima kasih kepada yang berusaha.

    ReplyDelete