Monday, June 16, 2008

Suntikan BCG & Rubella Tahun 6

Pada hari ini Isnin 16.6.08, murid-murid Tahun 6 menerima suntikan BCG. Namun menurut jururawat kepada murid yang parut BCG masih kelihatan dikecualikan daripada suntikan. Suntikan BCG kali pertama diberi semasa kecil, dan kali kedua, sekiranya perlu, jika parut suntikan BCG pertama tidak kelihatan diberi semasa berumur 12 tahun. Suntikan BCG diberi sebagai langkah pencegahan terhadap jangkitan batuk kering atau nama saintifiknya Tuberculosis (TB). Selain suntikan BCG, murid-murid perempuan diberi suntikan Rubella.

1 comment: