Tuesday, June 3, 2008

LAWATAN PEGAWAI JPNS KE BILIK BOSS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selasa-3hb Jun 2008. Sk.Seksyen 2 Bandar Kinrara amat bertuah pada hari kerana didatangi oleh 3 orang pegawai dari JPNS. Mereka ialah Pn.Rohaya bt Hussin, Pn.Amri bt Hj.Ali dan Pn. Latifah bt Abd Latif. Kedatangan mereka pada jam 9:30 pagi itu adalah dalam rangka program lawatan atau tinjauan ke bilik SPBT sekolah. Sehubungan dengan itu, mereka bertiga telah banyak berkongsi idea dan pandangan dalam pelbagai sudut untuk menambahbaikan bilik SPBT kita itu. Di sini saya mewakili pihak sekolah ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada JPNS kerana sudi membuat teguran yang membina demi kejayaan dalam pertandingan bilik SPBT di peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung bulan Julai 2008 nanti.Ucapan terima kasih kepada cik Marlina-guru spbt dan pn.Juliana yang telah bersama menyambut kedatangan mereka. Akhir kata marilah kita, warga sks2bk berkerjasama memberi sumbangan berupa pandangan atau kewangan untuk memajukan bilik spbt,doa kalian juga tidak dilupakan .

Wassalam-Azmin Yahya GPK Kokurikulum

No comments:

Post a Comment