Thursday, June 26, 2008

PERKHEMAHAN UNIT-UNIT BERUNIFORM 2008

Perkhemahan Unit-Unit Beruniform tahun 2008 akan akan berlangsung pada 27-29hb Jun 2008,bertempat di SK.Seksyen 2 Bandar Kinrara. Aktiviti pendaftaran akan bermula jam 4:00 ptg hingga 5:00 ptg. Seramai 250 orang peserta murid murid tahap 2 terdiri daripada gabungan kelima- lima Unit Beruniform seperti PBSM,pengakap,Tunas Puteri Puteri Islam dan Tunas Remaja Kadet Sekolah akan menyertainya. Sebagaimana tahun tahun sebelumnya, banyak aktiviti yang mencabar kreativiti dan minda murid apabila mereka menyertai perkhemahan ini.
Di antara aktiviti menarik yang disusun ialah aktiviti suaikenal,pemasangan khemah,mencari harta karun,pemasangan gajet,pertandingan memasak,kawad kaki,senamrobik dan malam kebudayaan. Kesemua guru terlibat dalam perkhemahan tersebut dan mereka akan bertugas mengikut fasa-fasa yang telah ditetapkan. Tentatif program dan maklumat terkini akan ditampal di papan kenyataan di pondok pengawal dan papan kenyataan kokurikulum.
Semoga warga guru dan murid yang menyertai perkhemahan ini akan mendapat pengalaman bermakna dan bermanfaat kepada kita semua.

No comments:

Post a Comment