Wednesday, June 25, 2008

Kerja Ubahsuai Bilik Pemulihan

Bilik Stor di hujung blok D aras 2 sedang dibuat kerja ubahsuai untuk dijadikan Bilik Pemulihan. Pada masa ini kerja-kerja pemecahan dinding sedang dilakukan dan menyebabkan terdapat banyak batu-batu, habuk dan lain-lain yang boleh menimbulkan bahaya di kawasan tersebut.

Memandangkan Bilik Muzik dan Tahun 1 terletak di aras tersebut, diharap para ibubapa dapat mengingatkan anak-anak agar menjauhi kawasan tersebut sebagai lanjutan daripada peringatan yang pihak sekolah telah beri.


2 comments:

  1. Assalamu'alaikum wbr dan salam sejahtera.
    Perlukan bantuan kami PIBG untuk sama-sama membersihkannya.
    Sekian

    ReplyDelete
  2. Tidak kerana kerja membersihkannya adalah termasuk dalam skop kerja kontraktor tersebut. Terima kasih di atas tawaran bantuan tersebut.

    ReplyDelete