Friday, June 6, 2008

HARI TERBUKA MENANDATANGANI KAD PROFIL


Hari Terbuka diadakan bertujuan memberi ruang kepada semua ibu bapa berbincang dengan guru masing-masing tentang pencapaian dan prestasi akademik anak, sahsiah anak dan sebagainya. Beberapa bahagian dibuka seperti kaunter pemulihan, kaunseling dan kaunter PIBG.

Tarikh : 21 Jun 2008 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
Tempat : Di kelas anak masing-masing.

Ibu bapa digalakkan membawa anak masing-masing sekiranya perlu. Diharap semua ibu bapa dapat HADIR bagi melancarkan lagi perjumpaan tuan/puan dengan guru-guru di sekolah ini.

1 comment:

  1. Salam dan selamat pagi.
    Mohon jasa baik semua AJK PIBG sapat hadirkan diri pada hari tersebut demi tugas serta membantu warga SKS2 Bdr. Kinrara untuk pencapaian pelajar dan sekolah amnya.
    Terima kasih

    ReplyDelete