Saturday, May 30, 2009
Wednesday, May 27, 2009
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
Sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan diadakan pada 29 Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat. Semua aktiviti persembahan daripada guru dan murid akan dijalankan di tapak perhimpunan pada 7.40 pagi hingga 9.00 pagi dan selepas itu pula akan dijalankan aktiviti sukaneka juga di tapak perhimpunan. Murid rehat pada 10.20 pagi hingga 11.00 pagi di kantin. Pada pukul 11.00 pagi murid akan masuk ke kelas dan belajar mengikut jadual waktu pada waktu tersebut. Diharap semua murid membawa buku mengikut jadual waktu pada pukul 11.00 hingga 12.00 serta membawa topi untuk melindungi diri dari cahaya panas ketika aktiviti Hari Guru dijalankan di tapak perhimpunan.
PERUBAHAN JADUAL WAKTU KELAS MURID PENGGAL KE-2 TAHUN 2009
Perubahan jadual waktu kelas yang baru akan diberi oleh guru-guru kelas kepada murid-murid selewat-lewatnya 28 Mei 2009. Semua murid akan menggunakan jadual waktu kelas yang baru mulai 15 Jun 2009.
Pindaan jadual tersebut dibuat adalah atas sebab ada perubahan guru.
Harap maklum.
Pindaan jadual tersebut dibuat adalah atas sebab ada perubahan guru.
Harap maklum.
Tuesday, May 26, 2009
TAHNIAH KEPADA PELAJAR TAHUN 6 YANG MENDAPAT 5A DALAM PKSR 1/2009
1. Muhammad Faris Azib b. Muhammad
2. Anis Marisssa bt. Mazlee
3. Ng Kai Jun
4. Dharsiny a/p G. Gunalan
5. Inas Suraya bt. Suzaizi
6. Nabilah bt. Mohd. Za'im
7. Nursyafiqah bt. Zulfikri
8. Monica Rebecca Theseira
9. Mohd. Iqmal Faris b. Mahadi
10. Amirah Atiqah bt. Roslan
11. Muhammad Aiman Anaqi b. Alias
12. Tang Kar Men, Carmen
13. Yeong Shin Li
14. Nur Syazwani bt. Meor Idris
15. Nishyantini a/p Ramesh Anand
16. Nur Liyana bt. Rosli
17. Nur Syahira Nabila bt. Rozaini
18. Nur Danisa bt. Arzuhar Shah
19. Nur Hidayah Helmi bt. Muhd. Fadil Helmi
20. Nadiah bt. Yusoff
21. Iman Hanani bt. Hussain
Semoga dengan pencapaian mereka ini menjadi perangsang kepada murid yang lain dalam usaha meningkatkan lagi bilangan pelajar yang mendapat 5A dalam PKSR yang akan datang!
Tahniah! Teruskan usaha gigih anda.
2. Anis Marisssa bt. Mazlee
3. Ng Kai Jun
4. Dharsiny a/p G. Gunalan
5. Inas Suraya bt. Suzaizi
6. Nabilah bt. Mohd. Za'im
7. Nursyafiqah bt. Zulfikri
8. Monica Rebecca Theseira
9. Mohd. Iqmal Faris b. Mahadi
10. Amirah Atiqah bt. Roslan
11. Muhammad Aiman Anaqi b. Alias
12. Tang Kar Men, Carmen
13. Yeong Shin Li
14. Nur Syazwani bt. Meor Idris
15. Nishyantini a/p Ramesh Anand
16. Nur Liyana bt. Rosli
17. Nur Syahira Nabila bt. Rozaini
18. Nur Danisa bt. Arzuhar Shah
19. Nur Hidayah Helmi bt. Muhd. Fadil Helmi
20. Nadiah bt. Yusoff
21. Iman Hanani bt. Hussain
Semoga dengan pencapaian mereka ini menjadi perangsang kepada murid yang lain dalam usaha meningkatkan lagi bilangan pelajar yang mendapat 5A dalam PKSR yang akan datang!
Tahniah! Teruskan usaha gigih anda.
Monday, May 25, 2009
Analisis kedatangan kelas tambahan
Isnin 18.05.09:
6 Zuhal - 87%, 6 Utarid - 90%, 6 Pluto - 91%, 6 Marikh - 92 %, 6 Neptune- 92%
Selasa 19.05.09:
6 Zuhal - 93%, 6 Utarid - 93%, 6 Pluto - 94%, 6 Marikh - 92%, 6 Neptune - 80%
Rabu 20.05.09
6 Zuhal - 95%, 6 Utarid -93%, 6 Pluto - 91%, 6 Marikh - 87%, 6 Neptune - 82%
Khamis 21.05.09
6 Zuhal - 93%, 6 Utarid -88%, 6 Pluto - 91%, 6 Marikh - 89%, 6 Neptune - 85%
Sabtu 23.05.09
6 Zuhal -82%, 6 Utarid -71%, 6 Pluto - 66%, 6 Marikh - 55%, 6 Neptune - 67%
6 Zuhal - 87%, 6 Utarid - 90%, 6 Pluto - 91%, 6 Marikh - 92 %, 6 Neptune- 92%
Selasa 19.05.09:
6 Zuhal - 93%, 6 Utarid - 93%, 6 Pluto - 94%, 6 Marikh - 92%, 6 Neptune - 80%
Rabu 20.05.09
6 Zuhal - 95%, 6 Utarid -93%, 6 Pluto - 91%, 6 Marikh - 87%, 6 Neptune - 82%
Khamis 21.05.09
6 Zuhal - 93%, 6 Utarid -88%, 6 Pluto - 91%, 6 Marikh - 89%, 6 Neptune - 85%
Sabtu 23.05.09
6 Zuhal -82%, 6 Utarid -71%, 6 Pluto - 66%, 6 Marikh - 55%, 6 Neptune - 67%
CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2009
Murid-murid akan bercuti dari 30 Mei hingga 14 Jun 2009. Sekolah akan dibuka semula seperti biasa pada 15 Jun 2009. Selamat Bercuti !
MAKLUMAN IBU BAPA
Pada minggu ini,tiada kelas Tasmik, aktiviti kokurikulum dan kelas tambahan Tahun 6 kerana peperiksaan pertengahan tahun sedang berjalan minggu ini. Pada masa yang sama juga, sekolah KAFA menjalankan peperiksaan serentak dengan sekolah ini maka kelas tambahan Tahun 6 juga tidak dapat dijalankan bagi membantu murid-murid Islam membuat persediaan menghadapi peperiksaan di sekolah agama masing-masing.
Sekian, terima kasih
Sekian, terima kasih
Labels:
Kelas Tambahan Tahun 6,
Kokurikulum,
Kurikulum,
Pemberitahuan
MAKLUMAN UNTUK SEMUA IBU BAPA / PENJAGA
PEMBERITAHUAN
Untuk Makluman:- 15 MEI 2009
1. Ibu bapa/Penjaga
2. Pengawal Keselamatan
Larangan Ibu bapa/Penjaga Memasuki Kawasan Sekolah Untuk Menemui Anak Sewaktu Sesi Pembelajaran
Merujuk perkara di atas, pihak pentadbiran sekolah dan PIBG telah memutuskan untuk tidak lagi membenarkan semua ibu bapa/penjaga memasuki kawasan sekolah kecuali dalam keadaan tertentu seperti membawa anak pulang atas sebab kesihatan atau kecemasan. Ini memandangkan pihak sekolah sering menghadapi pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh segelintir ibu bapa yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Sehubungan itu pihak sekolah berharap agar ibu bapa/penjaga dapat memastikan anak masing-masing membawa keperluan persekolahan yang lengkap setiap hari. Semua urusan hendaklah dilakukan di pejabat sahaja.
Pondok wakaf disediakan adalah khusus untuk murid-murid menunggu van atau bas sekolah selepas waktu sekolah.
Peraturan ini berkuatkuasa mulai 18 Mei 2009. Pihak sekolah amat mengharapkan kerjasama daripada pihak ibu bapa/penjaga semua.
Semua ibubapa diminta mematuhi arahan yang diberikan oleh pengawal keselamatan demi kepentingan bersama.
Sekian, terima kasih.
SUKIMIN BIN JUKI
Guru Besar
HAMLAY BIN OTHMAN
YDP PIBG
Untuk Makluman:- 15 MEI 2009
1. Ibu bapa/Penjaga
2. Pengawal Keselamatan
Larangan Ibu bapa/Penjaga Memasuki Kawasan Sekolah Untuk Menemui Anak Sewaktu Sesi Pembelajaran
Merujuk perkara di atas, pihak pentadbiran sekolah dan PIBG telah memutuskan untuk tidak lagi membenarkan semua ibu bapa/penjaga memasuki kawasan sekolah kecuali dalam keadaan tertentu seperti membawa anak pulang atas sebab kesihatan atau kecemasan. Ini memandangkan pihak sekolah sering menghadapi pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh segelintir ibu bapa yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Sehubungan itu pihak sekolah berharap agar ibu bapa/penjaga dapat memastikan anak masing-masing membawa keperluan persekolahan yang lengkap setiap hari. Semua urusan hendaklah dilakukan di pejabat sahaja.
Pondok wakaf disediakan adalah khusus untuk murid-murid menunggu van atau bas sekolah selepas waktu sekolah.
Peraturan ini berkuatkuasa mulai 18 Mei 2009. Pihak sekolah amat mengharapkan kerjasama daripada pihak ibu bapa/penjaga semua.
Semua ibubapa diminta mematuhi arahan yang diberikan oleh pengawal keselamatan demi kepentingan bersama.
Sekian, terima kasih.
SUKIMIN BIN JUKI
Guru Besar
HAMLAY BIN OTHMAN
YDP PIBG
JADUAL PKSR 2
SELAMAT MENJAWAB !
Tahun 1, 2 dan 3 (25 Mei 2009)
Bahasa Malaysia (Pemahaman) 8.00-8.50 pagi
Bahasa Inggeris 1 9.00-9.50 pagi
Bahasa Malaysia (Penulisan) 10.45-12.00 tengah hari
Tahun 1, 2 dan 3 (26 Mei 2009)
Bahasa Inggeris 2 7.50-9.05 pagi
Matematik 2 9.20-10.00 pagi
Matematik 1 10.45-11.45 pagi
Tahun 1, 2 dan 3 (27 Mei 2009)
Sains 7.45-9.00 pagi
Pendidikan Islam dan Moral 9.10-10.10 pagi
Bahasa Arab 10.45-11.45 pagi
Tahun 4 dan (25 Mei 2009)
Bahasa Malaysia (Penulisan) 7.50-9.05 pagi
Bahasa Inggeris 2 9.15-10.30 pagi
Bahasa Malaysia (Pemahaman) 11.10-12.00 tengah hari
Bahasa Inggeris 1 12.10-1.00 petang
Tahun 4 dan 5 (26 Mei 2009)
Sains 8.00-9.15 pagi
Matematik 1 9.30-10.30 pagi
Matematik 2 11.15-11.55 pagi
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 12.10-12.40 tengah hari
Tahun 4 dan 5 (27 Mei 2009)
Kajian Tempatan 8.00-9.15 pagi
Pendidikan Islam dan Moral 9.30-10.30 pagi
Bahasa Arab (Tahun 4 sahaja) 11.10-12.10 tengah hari
Tahun 6 (25 Mei 2009)
Bahasa Malaysia (Penulisan) 7.50-9.05 pagi
Bahasa Inggeris 2 9.15-10.30 pagi
Bahasa Malaysia (Pemahaman) 11.10-12.00 tengah hari
Bahasa Inggeris 1 12.10-1.00 petang
Tahun 6 (26 Mei 2009)
Sains 8.00-9.15 pagi
Matematik 1 9.30-10.30 pagi
Matematik 2 11.15-11.15 pagi
Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 12.10-12.40 tengah hari
Tahun 6 (27 Mei 2009)
Kajian Tempatan 8.00-9.15 pagi
Pendidikan Islam dan Moral 9.30-10.30 pagi
Thursday, May 21, 2009
LAPORAN PERATUS KEDATANGAN UNTUK KELAB/PERSATUAN
TARIKH : 20HB.MEI 2009
Berikut adalah peratus kedatangan murid-murid yang menyertai aktiviti kokurikulum pada hari Rabu 20 Mei 2009.
1. Kelab Pencegah Jenayah : 42.0%
2. Persatuan Agama Islam : 66.7%
3. Kelab.Pemb.Rakan Sebaya : 84.2 %
4. Kelab Perintis Usahawan : 80.0 %
5. Kelab Sumber Media : 55.9%
6. Kelab Seni Kebudayaan : 43.0%
7. Kelab Permainan Dalaman : 60.0%
8. Kelab SPBT : 61.0%
9. Kelab Doktor Muda : 93.3%
10.Kelab Kemahiran Hidup : 60.0%
Peratus kehadiran keseluruhan murid : 64.61%
Ibu bapa diminta memberi kerjasama dengan pihak sekolah supaya memastikan kehadiran anak tuan/puan pada setiap kali aktiviti kokurikulum yang dijalankan . Kerjasama ibu bapa amatlah dihargai. Terima kasih.
Info : Pada 27.05.2009 (Rabu) tiada aktiviti kokurikulum kerana bertembung dengan minggu peperiksaan (PKSR 2). Untuk maklumat lanjut boleh rujuk Buletin yang telah diedarkan lepas.
Berikut adalah peratus kedatangan murid-murid yang menyertai aktiviti kokurikulum pada hari Rabu 20 Mei 2009.
1. Kelab Pencegah Jenayah : 42.0%
2. Persatuan Agama Islam : 66.7%
3. Kelab.Pemb.Rakan Sebaya : 84.2 %
4. Kelab Perintis Usahawan : 80.0 %
5. Kelab Sumber Media : 55.9%
6. Kelab Seni Kebudayaan : 43.0%
7. Kelab Permainan Dalaman : 60.0%
8. Kelab SPBT : 61.0%
9. Kelab Doktor Muda : 93.3%
10.Kelab Kemahiran Hidup : 60.0%
Peratus kehadiran keseluruhan murid : 64.61%
Ibu bapa diminta memberi kerjasama dengan pihak sekolah supaya memastikan kehadiran anak tuan/puan pada setiap kali aktiviti kokurikulum yang dijalankan . Kerjasama ibu bapa amatlah dihargai. Terima kasih.
Info : Pada 27.05.2009 (Rabu) tiada aktiviti kokurikulum kerana bertembung dengan minggu peperiksaan (PKSR 2). Untuk maklumat lanjut boleh rujuk Buletin yang telah diedarkan lepas.
Tuesday, May 19, 2009
PEMBERITAHUAN PENTING - HFM
Adalah dimaklumkan pada 19 Mei 2009 pihak pejabat kesihatan Daerah Petaling telah membuat pemeriksaan kesihatan semua murid 1 Anggerik, tandas, kantin dan sekitar kawasan sekolah. Pegawai-pegawai tersebut juga membuat pemeriksaan ke atas pelajar tahun 1 Anggerik yang dikhuatiri mendapat jangkitan penyakit HFM. Sebarang pengesahan akan dibuat oleh pejabat Kesihatan Daerah Petaling dalam waktu terdekat. Pihak sekolah akan memaklumkan perkembangan terkini mengenai perkara ini. Diharap semua ibu bapa tidak perlu bimbang untuk menghantar anak ke sekolah.
Saturday, May 16, 2009
Senarai Alamat Emel 1 Januari 2012


Sekolah Kebangsaan Seksyen 2 Bandar Kinrara
Jalan BK3/8
Bandar Kinrara
47180 Puchong
Tel: 0380769376/0380763120
Sekolah: sks2bk@gmail.com
Guru Besar : sks2bk.gb@gmail.com,
GPK Kurikulum :sks2bk.pka@gmail.com,
GPK HEM : sks2bk.pkhem@gmail.com,
GPK Kokurikulum :sks2bk.pkkoku@gmail.com,
Jalan BK3/8
Bandar Kinrara
47180 Puchong
Tel: 0380769376/0380763120
Sekolah: sks2bk@gmail.com
Guru Besar : sks2bk.gb@gmail.com,
GPK Kurikulum :sks2bk.pka@gmail.com,
GPK HEM : sks2bk.pkhem@gmail.com,
GPK Kokurikulum :sks2bk.pkkoku@gmail.com,
Info Sekolah 2011
Bil Nama Guru Jawatan 1 Pn. Maimoon bt. Dusa (sks2bk.gb@gmail.com) 2 Pn. Mazura bt Ismail Penolong Kanan Pentadbiran (sks2bk.pka@gmail.com) 3 En. Salem b. Fazal Deen Penolong Kanan HEM (sks2bk.pkhem@gmail.com) 4 En. Azmin b. Yahya Penolong Kanan Kokurikulum (sks2bk.pkkoku@gmail.com) 5 Pn. Kausalya a/p Bangaroo Guru Disiplin 6 Pn. Nasuha bt. Ariffin Guru Media 7 Pn. Normee Azura bt. Abdullah Guru Data 8 En. Mohd. Fadzli b. Mansor Guru ICT 9 Pn. Norazlinda bt. Mohd Radzi 10 Pn. Noorhayati bt. Hassan 11 Pn. Sathiaswari a/p Ponnusamy 12 Pn. Zainora bt. Mat Salleh 13 Pn. Mumtazzah bt. Hamzah 14 Pn. Tengku Hasnol Atikah bt. Tuan Hassan 15 Pn. Sapiha bt. Ismail 16 Pn. Khuzaimah bt. Hj. Zam Zam 17 Pn. Hilyati bt. Hj. Hamid 18 Pn. See Yik Mee 19 Pn. Rashidah bt. Abd. Karim 20 Pn. Noorafizan bt. Abu Kassim 21 Pn. Rathi Ambigai a/p Kanapati 22 Pn. Azura bt. Ali 23 Pn. Fauzihan bt. Kasbin 24 Pn. Suhaila bt. Ibrahim 25 Pn. Noraini bt. Md. Yusof 26 Pn. Maanila a/p Apputhurai SU Pentadbiran 27 Cik Pang Chin Chee 28 Pn. Siti Hawa bt. Hamzah 29 En. Azami b. Abas 30 Pn. Nurul Akmal bt. Che Mohamed j-QAF 31 Pn. Norfazila bt. Che Hassan j-QAF 32 Pn. Ruziah bt. Abd Hamid Guru Prasekolah 33 Pn. Zaida bt. Saleh Guru Prasekolah 34 35 36 37 38 39 40 41 42 43 44 45 46 47 48 49 50 51 52 53 Pejabat 1 Pn. Hamidah bt. 2 Pn. Yusnawani bt. Ismail PT (Kewangan) 3 En. Suhardin b. Yaakub PTR 4 En. Mohd. Fitri Pembantu Pengurusan Murid 1 Pn. Idy Irma Suryani bt. Mat Noor PPM 2 Cik Zaradah bt. Salleh PPM Download Pelan Sekolah
Sumbangan Buku
Hari Guru 2009: Sambutan Peringkat Sekolah
Sambutan Hari Guru 2009 Peringkat Sekolah akan diadakan pada 29 Mei 2009 (Jumaat). Sebarang pertanyaan mengenainya bolehlah berhubung dengan Pn. Khuzaimah Zam Zam.
Namun demikian pembacaan teks ucapan akan dilakukan pada 18 Mei 2009 (sewaktu perhimpunan mingguan hari Isnin).
Kem Bestari Solat
Kem Motivasi bersama Fa-C INTEC UiTM





- Muhassabah Diri
- Tips menghadapi peperiksaan
- Hala tuju selepas peperiksaan
- Menggilap kemahiran insaniah
- Meningkatkan keyakinan diri
Majlis penutupan dilakukan pada kira-kira pukul 10 malam ini oleh En. Mohd. Hassan b. Awang Boon daripada UiTM yang juga akan disertai oleh YDP PIBG En. Hamlay b. Othman dan Guru Besar En. Sukimin bin Juki.
Terima kasih kepada semua yang menjayakannya........
Selamat Hari Guru
Tema hari guru yang dipilih untuk Perayaan Hari Guru 2009 ialah Guru Pembina Negara Bangsa. Tema ini dipilih berdasarkan peranan guru sebagai pendidik terbukti telah memainkan peranan utama dalam memperjuangkan dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui sistem pendidikan dan seterusnya membangunkan negara sehingga dikagumi oleh dunia luar. Guru menjadi harapan bagi memastikan pembentukan jati diri pelajar yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat. Pelajar-pelajar akan menjadi warganegara yang berfikiran global dengan tidak mengkesampingkan ciri-ciri tempatan justeru mampu bersaing dengan kepesatan dan 'kesesakan' dunia luar. Kecekapan dan keberkesanan peranan guru menerusi sistem pendidikan mampu membina negara bangsa yang berjaya. Tema ini bermatlamatkan hasrat untuk memperkasakan peranan guru dalam mewujudkan pembangunan dan modal insan.
Lagu Tema "Guru Pembina Negara Bangsa"
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Lagu Tema "Guru Pembina Negara Bangsa"
Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia
Wednesday, May 13, 2009
Rekod Peratus Kehadiran Kokurikulum
Unit : Unit Beruniform
Hari : Rabu
Tarikh : 29.04.2009
Masa : 2.00 - 4.00 petang
1. Pengakap : 62.5 %
2. PBSM : 70.1 %
3. Puteri Tunas : 60.9 %
4. Puteri Islam : 65.3 %
5. TKRS : 93.8 %
Peratus keseluruhan bagi unit beruniform ada sedikit peningkatan dari minggu sebelumnya iaitu sebanyak 70.5%.
Unit : Sukan Permainan
Hari : Rabu
Tarikh : 6.05.2009
Masa : 2.00-4.00 petang
1. Pingpong : 67.0 %
2. Bola Tampar : 78.5 %
3. Bola Baling : 59.4 %
4. Bola Jaring : 69.8 %
5. Bola Sepak : 77.0 %
6. Badminton : 60.7 %
Peratus keseluruhan : 68.3 %
Hari : Rabu
Tarikh : 29.04.2009
Masa : 2.00 - 4.00 petang
1. Pengakap : 62.5 %
2. PBSM : 70.1 %
3. Puteri Tunas : 60.9 %
4. Puteri Islam : 65.3 %
5. TKRS : 93.8 %
Peratus keseluruhan bagi unit beruniform ada sedikit peningkatan dari minggu sebelumnya iaitu sebanyak 70.5%.
Unit : Sukan Permainan
Hari : Rabu
Tarikh : 6.05.2009
Masa : 2.00-4.00 petang
1. Pingpong : 67.0 %
2. Bola Tampar : 78.5 %
3. Bola Baling : 59.4 %
4. Bola Jaring : 69.8 %
5. Bola Sepak : 77.0 %
6. Badminton : 60.7 %
Peratus keseluruhan : 68.3 %
Sunday, May 10, 2009
IBU, RATU HATIKU... Selamat Hari Ibu Kepada Semua Yang Bergelar IBU
Apa sahaja sebutannya sama ada ibu, emak, ummi, mama atau mummy maknanya sama saja iaitu panggilan istimewa yang digunakan oleh seorang yang bergelar anak kepada seorang wanita yang telah melahirkannya...
Peranan dan tanggungjawab wanita yang bergelar IBU amat penting dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Walaupun ibu tidak pernah meminta balasan atas pengorbanannya, namun sebagai anak adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menghargai dan memberikan sepenuh kebahagian kepada mereka.
Oleh itu, hargailah & sayangilah IBU anda, sementara IBU masih ada di dunia ini, sementara IBU masih bernafas, pandanglah dan tataplah sepuasnya wajah IBU setiap kali kau bangun tidur, peganglah dan ciumlah tangan IBU, ciumlah pipi IBU, biar pipi IBU basah dek airmatamu, jangan biarkan pipi IBU basah kerana menangisi keangkuhanmu. Sementara IBU masih ada, lakukan segalanya yang terbaik untuk ibu. Tanpa IBU kita tidak akan lahir ke dunia ini, tanpa IBU segalanya tidak bererti. IBU, kaulah RATU DI HATIKU...
Selamat Hari Ibu kepada semua IBU, khasnya guru-guru dan warga SKS2BK dan semua ibu bapa kepada murid-murid SKS2BK... Semoga anak-anak anda adalah anak-anak yang SOLEH & SOLEHAH... Amin
Saturday, May 9, 2009
Thursday, May 7, 2009
TEMASYA SUKAN PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH PETALING- 07 MEI 2009
Sekalung tahniah untuk wakil prasekolah kita, Nuraqilah Amni, yang mendapat perak untuk 50 m dan 80 m serta emas 50mx4 dan boleh memasuki pemilihan untuk ke peringkat negeri. Turut cemerlang kuartet 50mx4 perempuan serta kuartet 50mx4 lelaki. Namun malang bagi kuartet 50mx4 lelaki walaupun sudah bermula dengan baik dan mendahului, tetapi terhenti larian akibat terlanggar seorang PPM yang masuk ke trek larian dan akhirnya hanya mendapat tempat ke empat. Protes telah dibuat terus kepada Cik Zaiton dan pasukan kita telah dijanjikan tempat untuk pemilihan wakil daerah ke peringkat negeri. Apapun tahniah untuk semua terlibat...teruskan berlatih Amni dan wakil 50mx4 lelaki dan perempuan. Jumpa lagi di peringkat negeri.
Wednesday, May 6, 2009
TEMASYA SUKAN PRASEKOLAH ZON MPSJ 2009 - TAHNIAH! SKS2BK JOHAN KESELURUHAN
Temasya Sukan Prasekolah Zon MPSJ berlangsung pada hari ini, bertempat di SK Pusat Bandar Puchong 2. Seramai 14 orang murid prasekolah dari sks2bk telah mewakili sekolah dalam pelbagai acara olahraga dan mendapat johan dalam acara-acara berikut, 50 m, 65 m, 80 m (perempuan), 4X50 m (lelaki/perempuan). SKS2BK dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Temasya sukan tersebut. Semua pelajar yang memenangi acara tersebut akan bertanding di peringkat daerah esok, 07 Mei 2009 juga bertempat di SK Pusat Bandar Puchong 2, mulai jam 8.00 pagi. Tahniah diucapkan kepada semua murid, guru Prasekolah yang telah bertungkus-lumus melatih murid serta ibu bapa yang telah bermurah hati menyediakan kenderaan untuk membawa murid-murid prasekolah ke kejohanan tersebut. Sokongan anda semua masih diperlukan esok, pastikan kejayaan menjadi milik kita. Kepada murid-murid pra, anda memang hebat. TAHNIAH! Kalau hari ini anda BOLEH, Esok, juga anda pasti BOLEH!...
Sunday, May 3, 2009
Saturday, May 2, 2009
Bulan HEM 09 - Pameran Anti Dadah dan Denggi
Bulan HEM 09 - Pertandingan Mewarna
Subscribe to:
Posts (Atom)