Thursday, May 7, 2009

TEMASYA SUKAN PRASEKOLAH PERINGKAT DAERAH PETALING- 07 MEI 2009

Sekalung tahniah untuk wakil prasekolah kita, Nuraqilah Amni, yang mendapat perak untuk 50 m dan 80 m serta emas 50mx4 dan boleh memasuki pemilihan untuk ke peringkat negeri. Turut cemerlang kuartet 50mx4 perempuan serta kuartet 50mx4 lelaki. Namun malang bagi kuartet 50mx4 lelaki walaupun sudah bermula dengan baik dan mendahului, tetapi terhenti larian akibat terlanggar seorang PPM yang masuk ke trek larian dan akhirnya hanya mendapat tempat ke empat. Protes telah dibuat terus kepada Cik Zaiton dan pasukan kita telah dijanjikan tempat untuk pemilihan wakil daerah ke peringkat negeri. Apapun tahniah untuk semua terlibat...teruskan berlatih Amni dan wakil 50mx4 lelaki dan perempuan. Jumpa lagi di peringkat negeri.

4 comments:

  1. TAHNIAH...TAHNIAH...TAHNIAH
    SEMOGA KUARTET PEREMPUAN MENDAPAT KEJAYAAN BERGANDA DI PERINGKAT NEGERI. KUARTET LELAKI TERUSKAN USAHA DAN BUKTIKAN KITA SEMEMANGNYA JUARA 4x50m DI PERINGKAT NEGERI NANTI. CHAYO..CHAYO..SKS2BK BOLEH

    ReplyDelete
  2. terima kasih untuk guru prasekolah iaitu pn. zaida dan pn. ruziah dari nur aqilah amni dan keluarga. tahniah kepada murid pra kerana berjaya. cayalah.....

    ReplyDelete
  3. salam .
    syabas dan tahniah buat semua guru prasekoalah dan warga SKS2 Bdr.Kinrara serta ibubapa.hasil sokongan dan dorongan anda. sekolah kita telah berjaya.

    tahniah dan terima kasih

    ReplyDelete
  4. Sekalung tahniah buat warga SKS2 Bdr kinrara berjaya.Terima kasih pada cikgu2 dan yg terutama kepada Pn Ruziah & Pn Zaida diatas usaha anda berdua tak jemu melatih, berpanas, berhujan demi anak2 murid mereka mendapat kejayaan spt ini. Dan tak berputus asa mendptkan tmpt mewakili daerah walaupun ada rintangan pada pertandingan yg lalu.

    Terima kasih kerana memberi kami sekeluarga 1 kenangan yg manis dan akan diingati smpai bila2.

    Drpd : Ibu & Ayah, Zulzikri Farhan

    ReplyDelete