Monday, May 25, 2009

MAKLUMAN UNTUK SEMUA IBU BAPA / PENJAGA

PEMBERITAHUAN

Untuk Makluman:- 15 MEI 2009
1. Ibu bapa/Penjaga
2. Pengawal Keselamatan

Larangan Ibu bapa/Penjaga Memasuki Kawasan Sekolah Untuk Menemui Anak Sewaktu Sesi Pembelajaran
Merujuk perkara di atas, pihak pentadbiran sekolah dan PIBG telah memutuskan untuk tidak lagi membenarkan semua ibu bapa/penjaga memasuki kawasan sekolah kecuali dalam keadaan tertentu seperti membawa anak pulang atas sebab kesihatan atau kecemasan. Ini memandangkan pihak sekolah sering menghadapi pelbagai masalah yang ditimbulkan oleh segelintir ibu bapa yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
Sehubungan itu pihak sekolah berharap agar ibu bapa/penjaga dapat memastikan anak masing-masing membawa keperluan persekolahan yang lengkap setiap hari. Semua urusan hendaklah dilakukan di pejabat sahaja.
Pondok wakaf disediakan adalah khusus untuk murid-murid menunggu van atau bas sekolah selepas waktu sekolah.
Peraturan ini berkuatkuasa mulai 18 Mei 2009. Pihak sekolah amat mengharapkan kerjasama daripada pihak ibu bapa/penjaga semua.
Semua ibubapa diminta mematuhi arahan yang diberikan oleh pengawal keselamatan demi kepentingan bersama.
Sekian, terima kasih.


SUKIMIN BIN JUKI
Guru Besar

HAMLAY BIN OTHMAN
YDP PIBG

1 comment:

  1. Salam dan Selamat Sejahtera.
    Sebagai mewakili ibubapa dan PIBG, harapan saya agar kita sama-sama MEMATUHI setiap arahan dan peraturan sekolah demi kepentingan bersama.
    Semoga kita dan pihak sekolah sentiasa bekerjasama.

    Sekian

    ReplyDelete