Saturday, May 16, 2009

Kem Motivasi bersama Fa-C INTEC UiTM

Kem Motivasi ini telah berlangsung mulai jam 3.30 petang semalam (15.05.09) hingga 11.00 malam ini. Seramai 170 orang peserta daripada Tahun 6 dan 5 yang bermalam di dalam kelas Tahun 1. Memang sebahagaian besar daripada mereka seronok dengan pengalaman yang dilalui ini. Antara pengisiannya ialah:
  1. Muhassabah Diri
  2. Tips menghadapi peperiksaan
  3. Hala tuju selepas peperiksaan
  4. Menggilap kemahiran insaniah
  5. Meningkatkan keyakinan diri
Majlis penutupan dilakukan pada kira-kira pukul 10 malam ini oleh En. Mohd. Hassan b. Awang Boon daripada UiTM yang juga akan disertai oleh YDP PIBG En. Hamlay b. Othman dan Guru Besar En. Sukimin bin Juki.
Terima kasih kepada semua yang menjayakannya........

2 comments:

  1. Salam dan selamat sejahtera.
    Ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program kali ini ...
    Moga tercapai hasilnya kelak ..

    Terima kasih semua

    ReplyDelete
  2. Salam dan selamat sejahtera.
    Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini,
    Telah ramai yang mengatakan BAGUS ..dan BERJAYA ..
    Moga anak didik kita akan berusaha gigih dan terus mencapai kejayaan pada UPSR nanti...

    Terima kasih cikgu

    ReplyDelete