Wednesday, May 6, 2009

TEMASYA SUKAN PRASEKOLAH ZON MPSJ 2009 - TAHNIAH! SKS2BK JOHAN KESELURUHAN

Temasya Sukan Prasekolah Zon MPSJ berlangsung pada hari ini, bertempat di SK Pusat Bandar Puchong 2. Seramai 14 orang murid prasekolah dari sks2bk telah mewakili sekolah dalam pelbagai acara olahraga dan mendapat johan dalam acara-acara berikut, 50 m, 65 m, 80 m (perempuan), 4X50 m (lelaki/perempuan). SKS2BK dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan Temasya sukan tersebut. Semua pelajar yang memenangi acara tersebut akan bertanding di peringkat daerah esok, 07 Mei 2009 juga bertempat di SK Pusat Bandar Puchong 2, mulai jam 8.00 pagi. Tahniah diucapkan kepada semua murid, guru Prasekolah yang telah bertungkus-lumus melatih murid serta ibu bapa yang telah bermurah hati menyediakan kenderaan untuk membawa murid-murid prasekolah ke kejohanan tersebut. Sokongan anda semua masih diperlukan esok, pastikan kejayaan menjadi milik kita. Kepada murid-murid pra, anda memang hebat. TAHNIAH! Kalau hari ini anda BOLEH, Esok, juga anda pasti BOLEH!...

1 comment:

  1. salam ..
    Tahniah buat yang berjaya.
    Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih pada semua warga prasekolah dan guru-guru dan ibubapa yang turut serta membantu sehingga berjaya.
    Sekian,terima kasih

    ReplyDelete