Sunday, May 10, 2009

IBU, RATU HATIKU... Selamat Hari Ibu Kepada Semua Yang Bergelar IBU

Apa sahaja sebutannya sama ada ibu, emak, ummi, mama atau mummy maknanya sama saja iaitu panggilan istimewa yang digunakan oleh seorang yang bergelar anak kepada seorang wanita yang telah melahirkannya...
Peranan dan tanggungjawab wanita yang bergelar IBU amat penting dan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Walaupun ibu tidak pernah meminta balasan atas pengorbanannya, namun sebagai anak adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menghargai dan memberikan sepenuh kebahagian kepada mereka.
Oleh itu, hargailah & sayangilah IBU anda, sementara IBU masih ada di dunia ini, sementara IBU masih bernafas, pandanglah dan tataplah sepuasnya wajah IBU setiap kali kau bangun tidur, peganglah dan ciumlah tangan IBU, ciumlah pipi IBU, biar pipi IBU basah dek airmatamu, jangan biarkan pipi IBU basah kerana menangisi keangkuhanmu. Sementara IBU masih ada, lakukan segalanya yang terbaik untuk ibu. Tanpa IBU kita tidak akan lahir ke dunia ini, tanpa IBU segalanya tidak bererti. IBU, kaulah RATU DI HATIKU...
Selamat Hari Ibu kepada semua IBU, khasnya guru-guru dan warga SKS2BK dan semua ibu bapa kepada murid-murid SKS2BK... Semoga anak-anak anda adalah anak-anak yang SOLEH & SOLEHAH... Amin

2 comments:

  1. Salam
    Selamat HARI Ibu ..
    Walaupon dia beribu ...namun ia tetap SATU ...dia IBU ku ..
    yang tidaj jemu mendidk dan mengajar anak0anak agar berjaya.
    Pada guru-guru yang bergelar IBU ..moga sentiasa mendapat keberkatan IILAHI ..

    sekian

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Selamat hari Guru pada semua warga guru di SKS2BK. Semoga usaha dan pengorbanan akan diberkati dan sentiasa diingati.
    Selamat Hari Guru

    ReplyDelete