Wednesday, May 27, 2009

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah akan diadakan pada 29 Mei 2009 iaitu pada hari Jumaat. Semua aktiviti persembahan daripada guru dan murid akan dijalankan di tapak perhimpunan pada 7.40 pagi hingga 9.00 pagi dan selepas itu pula akan dijalankan aktiviti sukaneka juga di tapak perhimpunan. Murid rehat pada 10.20 pagi hingga 11.00 pagi di kantin. Pada pukul 11.00 pagi murid akan masuk ke kelas dan belajar mengikut jadual waktu pada waktu tersebut. Diharap semua murid membawa buku mengikut jadual waktu pada pukul 11.00 hingga 12.00 serta membawa topi untuk melindungi diri dari cahaya panas ketika aktiviti Hari Guru dijalankan di tapak perhimpunan.

3 comments:

  1. Salam dan selamat sejahtera.
    SELAMAT HARI GURU - Terima Kasih Cikgu.
    Insyallah, saya akan hadir pada majlis tersebut untuk sama-sama memeriah dan meraikan nya bersama.

    Sekian,terima kasih

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kepada semua AJK kelab guru yang menjayakan Sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Memang meriah! terutamanya aktiviti mak andam. TQ Pn. Juliana dan Pn. Khuzaimah yang bertungkus lumus untuk sambutan ini.

    ReplyDelete
  3. Tahniah dan terima kasih cikgu.
    Walau sebesar dan sekecil mana sekali pun sambutanya, yang penting ialah kemeriahan yang dirasai semua.

    sekian, terima kasih

    ReplyDelete