Saturday, August 29, 2009
Majlis Sembahyang Murid Beragama Hindu Tahun 6 2009
Tarikh : 2/9/2009
Tempat : Sri Maha Mariamman Temple, BK 1, Bandar Kinrara.
Masa : 7.00 Malam
Semua ibu bapa sks2bk yang beragama Hindu dijemput hadir.
Friday, August 28, 2009
Langkah Kawalan Wabak Influenza-Like Illness di Sekolah
Di antara lain yang disentuh ialah mengenai setiap sekolah yang ditutup selama 7 hari tidak dijamin bebas dari wabak ILI pada masa akan datang.
JKNS memberi beberapa saranan untuk mengawal penularan wabak dalam keadaan yang meminimumkan impak perjalanan pengajaran dan pembelajaran dengan:
- melakukan pengasingan segera pelajar-pelajar yang tidak sihat sebelum sesi pembelajaran bermula. Ini bermakna guru akan terus mengasingkan murid yang dikenalpasti tidak sihat (demam selsema) dan memberi topeng. Ibubapa murid tersebut akan dihubungi dan diminta mengambil segera anak/jagaan mereka balik ke rumah.
- Membudayakan kebersihan tangan serta etika batuk melalui pendidikan kesihatan di sekolah. Sekolah akan melaksanakan pendedahan etika ini dalam setiap kelas
- Menyediakan kemudahan membersihkan tangan dengan air dan sabun atau menggunakan alcohol-based hand rub. Sesi membersih tangan boleh dilakukan setiap kali murid-murid masuk ke bilik darjah di awal persekolahan dan selepas rehat. JK Khas H1N1 akan menyusun tindakan untuk mengamalkan cadangan ini
- memaklumkan ibu-bapa/penajga agar tidak menghantar anak-anak/jagaan mereka ke sekolah sekiranya tidak sihat. Harap kerjasama daripada semua
-No. Surat: 225 (28/08/09)
Wednesday, August 26, 2009
PENDIDIKAN Tip UPSR: Cara betul menjawab Matematik Kertas 2
KERTAS 2
Sebahagian besar calon menganggap Kertas 2 mudah berbanding Kertas 1. Pada dasarnya tanggapan itu benar tetapi perlu diingat ia banyak mempengaruhi kedudukan gred keseluruhan bagi subjek Matematik.
Jika kurang mahir menjawab Kertas 2, besar kemungkinan calon akan melakukan kesilapan sewaktu memberikan jawapan.
Ramai calon gagal mentafsir kehendak soalan terutama bagi jenis penyelesaian masalah. Malah, ada yang tidak dapat menukar masalah dikemukakan dalam soalan ke bentuk ayat matematik.
Contoh:
50 biji kek diberikan kepada Adirah dan Izzaty. Adirah mendapat 10 biji lebih daripada Izzaty. Berapakah bilangan kek yang Izzaty dapat?
Calon kerap menulis ayat matematik seperti berikut:
50 ÷ 2 - 10 =
Langkah menjawab:
25
-------
2 ) 50
- 4
----
10
- 10
---
25 - 10 = 15
Jawapan yang diberikan adalah SALAH.
Langkah yang betul adalah seperti berikut:
( 50 - 10 ) ÷ 2 =
50 - 10 = 40 40
---- = 20
2
Maka, Adirah 30 dan Izzaty 20
Jawapan: 20
Bagi soalan bentuk persamaan atau terus pula, calon gagal menguasai konsep pengiraan sebahagiannya memerlukan beberapa langkah pengiraan sebelum memperoleh jawapan.
Sebagai contoh:
Convert 109% to a mixed number.
Calon kerap memilih 109% adalah
109 9
----- = 1 --- (jawapan adalah salah)
100 10
Sebenarnya 9% adalah per seratus (hundredths) maka calon perlu menulis:
9
109% = 1 -----
100
Sejumlah 20 soalan dikemukakan dalam Kertas 2. Antara cirinya ialah bentuk subjektif, perlu menulis langkah pengiraan dengan jelas bagi mendapatkan jawapan. Pemarkahannya berdasarkan tiga aras, iaitu satu markah (5 soalan), dua markah (10 soalan) dan tiga markah (5 soalan).
Kesilapan sering dilakukan calon ialah kurang tumpuan dan tidak menunjukkan langkah pengiraan yang jelas. Perhatikan jawapan calon berdasarkan contoh soalan berikut:
State the digit value of 6 in the number 0.67 million.
Nyatakan nilai digit angka 6 dalam nombor 0.67 juta.
Jawapan calon:
60 atau Enam puluh / Sixty or 60
Jawapan diberi salah. Sebabnya calon kurang tumpuan tentang titik perpuluhan mewakili juta/million). Jawapan tepat ialah perpuluhan (decimal) melibatkan juta (million) perlu ada 7 digit dari kiri ke kanan, iaitu:
0.67 million = 0 670 000
600 000
Kesilapan lain sering dilakukan ialah menjawab dalam pecahan (fraction)
6
---- million
10
Langkah pengiraan perlu ditunjukkan dengan jelas dan tepat mengikut unit diperlukan dalam jawapan.
Soalan dua dan tiga markah agak mudah kerana penyoalannya tidak menggunakan ayat terlalu panjang. Banyak soalan dibantu rajah dan gambar. Ini memudahkan calon memahami kehendak soalan.
Bagi soalan tiga markah, hampir kesemuanya membabitkan rajah dan jadual. Untuk soalan ini, pastikan pengiraan atau maklumat awal digunakan dalam pengiraan tidak salah nilai. Kesilapan ini menyebabkan pengiraan seterusnya menjadi salah.
Secara keseluruhan, calon perlu memberi tumpuan terhadap soalan yang menggunakan ayat dan rajah.
Kesilapan kerap berlaku dikaitkan dengan kegagalan calon memahami maksud ayat terakhir atau memberikan jawapan selepas langkah pengiraan dilakukan, sedangkan jawapan sebenar setelah langkah kedua atau ketiga.
Tip UPSR: Cara betul menjawab Matematik Kertas 1
GAGAL menjawab soalan penyelesaian masalah antara faktor utama calon tidak mendapat markah maksimum bagi Matematik Kertas 1, manakala untuk Kertas 2 pula kerana tidak menunjukkan jalan pengiraan.
Sehubungan itu, calon diingatkan supaya tidak terlalu gopoh, sebaliknya memberi tumpuan ketika menjawab soalan kedua-dua kertas itu.
KERTAS 1
Seperti yang calon sedia maklum, kertas ini mengandungi 40 soalan objektif. Soalannya boleh dikategorikan dua jenis, iaitu bentuk persamaan dan penyelesaian masalah.
Lapan hingga sepuluh soalan disoal dalam bentuk persamaan membabitkan nombor dan simbol matematik. Soalan jenis ini boleh dianggap mudah dan calon hanya perlu berhati-hati ketika membuat pengiraan seperti meletak nombor pada nilai tempat, meletak titik perpuluhan di tempat yang betul, mengikut peraturan pengiraan yang betul, contohnya BODMAS, membuat penukaran unit dengan tepat dan berhati-hati ketika membuat pengumpulan semula.
Dalam lingkungan 30 lagi soalan adalah jenis penyelesaian masalah yang boleh dilihat dalam dua bentuk penyoalan, iaitu ayat sepenuhnya dan sebahagian dibantu rajah, jadual, graf dan gambar.
Sebelum menjawab, calon perlu membaca soalan sekurang-kurangnya dua kali. Kenal pasti maklumat terdapat dalam soalan. Biasanya soalan penyelesaian masalah mempunyai lebih daripada satu maklumat. Gariskan maklumat penting itu.
Calon juga perlu mengecam kata kunci dalam soalan, contohnya ‘bakinya’, ‘yang tinggal’, ‘diberikan sama banyak’, ‘simpanan’, ‘untung’, ‘rugi’, ‘diskaun’ dan sebagainya.
Perkara penting calon perlu tahu ialah apakah kehendak soalan. Persoalan inilah yang perlu calon jawab. Kehendak soalan ada dalam ayat terakhir.
Setelah mengenal pasti maklumat, kata kunci dan kehendak soalan, rancang pula langkah pengiraannya.
Ayat kedua setiap soalan lazimnya merujuk kepada maklumat untuk membuat pengiraan. Perkataan sebelum atau selepas angka dikemukakan lazimnya membantu calon menentukan operasinya (tambah, tolak, darab dan bahagi).
Setelah itu tukarkan ayat pernyataan soalan ke dalam bentuk ayat matematik. Pastikan operasi betul digunakan untuk membuat pengiraan.
Perlu diingat, bagi menjawab soalan penyelesaian masalah, calon perlu lebih daripada satu operasi dan jalan kerja. Bagi soalan membabitkan sukatan, pastikan unit disamakan terlebih dulu.
Soalan jenis penyelesaian masalah juga banyak dibantu rajah, graf, jadual dan gambar yang memerlukan calon membuat penelitian kerana sebahagian maklumat ada pada rajah disertakan, manakala sebahagian maklumat lagi dalam pernyataan soalan.
Contoh;
Pak Abu has 400 durians. He gives 1/5 of the total number of durians to his neighbours.
He sells 3/4 of the remainder. What percentage of the durians is left?
Pak Abu ada 400 durian. Dia memberikan 1/5 daripada jumlah durian itu kepada jiran-jirannya.
Dia menjual 3/4 daripada baki durian itu. Berapakah peratus durian yang tinggal?
A 5 B 20 C 80 D 240
Seperti disarankan, baca soalan sekurang-kurangnya dua kali dan kenal pasti maklumat dan kata kunci soalan.
Tiga maklumat utama, iaitu;
(i) Pak Abu ada 400 durian
(ii) Dia memberikan 1/5 daripada jumlah durian itu kepada jiran-jirannya.
(iii) Dia menjual 3/4 daripada baki durian itu.
Kata kunci ialah baki (remainder), peratus (percentage) dan yang tinggal (left).
Kemudian, lihat kehendak soalan. Ayat terakhir soalan ini meminta calon mencari peratus durian yang tinggal.
Langkah pertama, cari jumlah durian Pak Abu beri kepada jirannya, iaitu:
1
--- x 400 = 80
5
Seterusnya cari jumlah durian dijual Pak Abu. Perkataan baki (remainder) adalah kata kunci yang amat penting dalam ayat ini. Pengiraan yang betul ialah:
3
--- x ( 400 - 80 ) = 240
4
Langkah seterusnya calon mencari jumlah durian yang tinggal, iaitu:
400 - 80 - 240
= 80
Pada peringkat ini, langkah pengiraan belum lagi selesai. Jika ada calon menjawab 80 sebagai pilihan jawapan, maka ia salah. Ada satu lagi langkah pengiraan yang perlu calon lakukan Iaitu tukarkan kuantiti durian yang tinggal itu kepada peratus, iaitu;
80
----- x 100% = 20%
400
Jawapan: B (20)
Kesilapan yang biasa dilakukan oleh calon ialah ketika membuat pengiraan pada langkah kedua. Ada calon mencari bilangan durian yang dijual berdasarkan jumlah asal durian Pak Abu, iaitu:
3
--- x 400 = 300
4
Seterusnya calon mencari jumlah durian yang tinggal, iaitu:
400 - 80 - 300
= 20
Kemudian calon menukarkannya kepada peratus iaitu:
20
----- x 100% = 5%
400
Antara kelemahan yang sering dilakukan calon ialah:
a) Membaca soalan dan terus mengira mengikut kefahaman sendiri.
b) Tidak membuat penelitian terhadap ayat terakhir dan mencari kehendak soalan.
c) Terlalu cepat membaca soalan hingga tertinggal maklumat.
d) Tidak merujuk rajah, graf, jadual dan gambar diberikan.
e) Terus membuat pengiraan tanpa menyemak semula.
f) Kurang membina ayat matematik sebelum memulakan pengiraan.
g) Lemah membuat tafsiran terhadap perkataan atau ayat yang digunakan.
Tuesday, August 25, 2009
GOTONG-ROYONG PEMASANGAN PAPAN PUTIH



Aktiviti gotong-royong pemasangan papan putih di kelas-kelas dan bilik khas telah berjalan lancar pada 15 Ogos 2009 yang lalu. Seramai 21 orang ibu bapa telah sama-sama hadir ke sekolah untuk menjayakan aktiviti tersebut. Oleh yang demikian, mulai 17 Ogos 2009 semua guru tidak lagi menggunakan papan hitam dalam pengajaran masing-masing. Pihak sekolah dan PIBG mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru-guru dan para ibu bapa atas kerjasama dan keprihatinan yang diberikan kepada pihak sekolah dan PIBG. Semoga segala jasa baik dan khidmat tenaga yang diberikan diberkati oleh Allah s.w.t
25.08.09: Sekolah Kembali Beroperasi
Tuesday, August 18, 2009
Makluman Semua

Sementara itu kerja-kerja pembersihan dan membasmi kuman sedang dijalankan terhadap bilik darjah, meja-meja, tandas dan kawasan sekolah hari ini.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PETROSAINS DI TUNDA
H1N1: Info Berguna
H/P : 012-9597074
Emel : abiteha@yahoo.com
Elakkan Datang Ke Hospital...
Salam,
RELENZA - Selamat Tinggal H1N1
RELENZA (ruh-LENS-uh) ialah sejenis ubat yang digunakan sebagai penyembuh penyakit influenza disebabkan oleh virus influenza. Ia juga digunakan untuk membantu mengelakkan jangkitan virus influenza.
Posted by Dr Azwan at 9:21 AM 3 comments Links to this post
Monday, August 17, 2009
Sewaktu Sekolah Ditutup
H1N1: Sekolah ditutup seminggu
.jpg)
H1N1: Pemantauan untuk Infulenza Like-Illness (ILI)
Sunday, August 16, 2009
15.08.09: Sabtu yang sibuk
RIMUP atau Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan yang pada asalnya melibatkan 7 buah sekolah terpaksa akur apabila SJK (C) Yak Chee tidak dapat turut serta akibat dari penutupan sekolah tersebut mulai Jumaat akibat H1N1. Namun kemeriahan dan keseronokan peserta RIMUP terserlah di wajah setiap daripada mereka. Anak-anak dari pelbagai bangsa dan sekolah bergabung tenaga dalam satu kumpulan bersaing antara satu sama lain. Semoga perpaduan dalam usaha membina Negara Bangsa dapat tercapai sewaktu kita sama-sama berganding bahu membangunkan modal insan.
Saturday, August 15, 2009
PROGRAM RIMUP - KELOMPOK A ZON MPSJ
Oleh itu, satu program telah dirancang dan akan dilaksanakan mengikut ketetapan di bawah :-
Tarikh : 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa : 7 pagi hingga 6.00 petang
Tempat : Zoo Negara
Sasaran : 140 orang murid. Setiap sekolah perlu diwakili oleh 20 orang murid daripada pelbagai kaum.
Antara aktiviti yang menarik akan dijalakan di Zoo adalah :-
1. Ice Breaking
2. Potensi Diri
3. Senamrobik
4. Team Building
5. Aksi Bergambar Paling RIMUP bersama kuda dan ular.
6. Explorace RIMUP (Treasure Hunt & Jangan Lupa Lirik Lagu Patriotik)
Diharap semua murid dan guru mendapat semangat muhibah dan mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu dalam menjalankan aktiviti yang dirancang.
Friday, August 14, 2009
Pemasangan Papan Putih

- Masa yang diperlukan agak lama
- Kedua-dua papan putih (bersaiz 4' x 8' dan 4' x 4') tidak boleh dipasang bersama-sama kerana saiznya agak besar berbanding dengan saiz papan hitam yang asal.
- Memerlukan peralatan yang banyak - antaranya impact drill, kuku kambing (buka paku), penukul, wall plug dan skru
- Dinding kelas perlu dicat semula kerana ada bahagian dinding yang dahulunya tertutup kini terdedah
- Lubang terhasil di dinding akibat paku dibuka - perlu ditampal
- Habuk dan serpihan batu banyak terhasil - perlu dibersihkan
- Memikirkan ke mana hendak diletakkan papan hitam yang dibuka
Dengan kaedah melekatkan papan putih di atas papan hitam sedia ada didapati ia jauh lebih baik iaitu:
- Masa yang diperlukan untuk sesebuah kelas memasang kedua-dua papan tersebut hanya sekitar 20 minit
- Peralatan yang diperlukan ialah cordless drill, skru dan rantai pengikat
- Keadaan kelas seperti asal dan hampir tiada habuk dan serpihan batu
Oleh itu, kepada mereka yang ingin menyertai gotong-royong, andainya mempunyai cordless drill bolehlah dibawa sama. Jika tidak ada, drill biasa juga masih boleh digunakan hanya untuk memasang skru. Peralatan lain seperti skru dan rantai pengikat akan disediakan oleh urus setia.
Thursday, August 13, 2009
JADUAL WAKTU UPSR 2009
Tarikh/Hari Masa Kod Nama Kertas
08 September 2009 (Selasa)
- 8.15-9.05 pagi 011 Bahasa Melayu Pemahaman
- 9.45-11.00 pagi 012 Bahasa Melayu Penulisan
- 11.45-12.25 tgh hari 015/2 Mathematics Kertas 2
- 8.15-915 pagi 015/1 Mathematics Kertas 1
10 September 2009 (Khamis)
- 08.15 - 09.30 pagi 018 Science
- 10.15 - 11.05 pagi 014/1 Bahasa Inggeris Kertas 1
- 11.45 - 01.00 petang 014/2 Bahasa Inggeris Kertas 2
- 02.15 - 03.45 petang 013 Ujian Aptitud
RIMUP di Zoo Negara pada 15.08.2009
Sebagai langkah berjaga-jaga, semua peserta dan petugas akan dibekalkan dengan topeng pernafasan dan pencuci basmi kuman. Sehubungan itu diharap semua ibubapa dapat memberi sokongan dalam menjayakan program ini.
Wednesday, August 12, 2009
Epal Hijau & Jus Oren bantu Rawat Selsema Babi?
Epal dan oren tidak seperti air kosong yang dijampi. Allah jadikan kedua-duanya penuh dengan pelbagai sifat terapeutik.
Sekali imbas gabungan epal hijau dan oren adalah sebagai salah satu pilihan untuk meredakan (menyembuhkan) selsema babi. Makan epal hijau dengan kulitnya dan ambil jus oren dengan blenderize kulit oren sekali kerana ia kaya dengan bioflavonoids, terpene dan terpenoids yang akan meningkatkan sinergi kepada sifat-sifat terapeutik yang sedia ada.
Keterangan lanjut sila lawati blog Herbalis Bahrain, RH (AHG) di http://www.sembangherba.blogspot.com/
Gotong-Royong Pemasangan Papan Putih
Maklumat Terkini Jangkitan H1N1
Tuesday, August 11, 2009
GARIS PANDUAN H1N1 KEPADA IBUBAPA
a. Duduk di rumah jika sakit: Ibubapa dinasihatkan untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya menghidapi demam selsema. Mereka perlu berada di rumah sehingga tidak menunjukkan sebarang gejala selsema untuk sekurang-kurangnya 24 jam.
b. Etika pembasuhan tangan dan pernafasan: Kepentingan asas pencegahan penularan wabak H1N1 meliputi; duduk di rumah bila sakit, basuh tangan sekerap yang mungkin dengan menggunakan sabun dan menutup mulut dan hidung ketika bersin perlulah diamalkan dengan sebaik mungkin.
c. Mendapatkan rawatan dengan segera: Mereka yang mempunyai gejala-gejala demam selsema yang teruk perlulah mendapatkan rawatan dengan segera di klinik/klinik atau hospital/hospital kerajaan terutama kepada mereka yang mempunyai risiko yang tinggi seperti wanita mengandung, pesakit asma, pesakit kencing manis dan lain-lain.
d. Pelajar yang mempunyai keluarga dengan gejala demam selsema yang teruk perlu duduk di rumah: Pelajar-pelajar yang ahli keluarganya mengalami demam selsema yang teruk diharap tidak dihantar ke sekolah.
2. Gejala-gejala demam Selsema H1N1 adalah sama seperti demam selsema biasa:
a. Demam
b. Sakit tekak
c. Hidung berair
d. Batuk
e. Masalah pernafasan
f. Sakit-sakit badan dan sendi