Sunday, June 22, 2014

Blog Rasmi Panitia Agama Islam

Panitia Agama Islam SKS2BK maju setapak lagi ke hadapan hari ini apabila mempunyai blog rasmi panitia. Panitia Agama Islam telah diamanahkan untuk mengimarahkan surau sekolah yang diberi nama Surau An Naim. Hasil kerjasama dan komitmen guru-guru serta sumbangan wakaf daripada pihak PIBG, Alhamdulillah Surau An Naim kini berubah wajah dan mempunyai kemudahan yang lebih selesa untuk kegunaan warga SKS2BK.


Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung dalam proses transformasi Surau An Naim ini. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang aktiviti Panitia Agama Islam dan berkenaan Surau An Naim, bolehlah melayari pautan http://kamibersatuhati.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment