Thursday, June 19, 2014

JOM BACA BERSAMA BH-DIDIK dan YEO’S

Pada 19 Jun 2014, pihak BH-Didik dan syarikat minuman terkanal Yeo's telah datang mempromosikan program JOM BACA BERSAMA DIDIK dan YEO’S.

Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada murid tentang penggunaan sisipan BH - Didik.  Selain itu, ianya juga bertujuan untuk meningkatkan kembali minat murid terhadap pembacaan surat khabar.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah seperti membaca bersama-sama, penerangan untuk menggunakan sisipan Didik, dan juga kuiz. Setiap murid juga menerima surat khabar Berita Harian dan sekotak air minuman  Yeo’s percuma.


1 comment:

  1. Tahniah kepada Ahmad Ilmi kerana telah berjaya mengemaskini laman blog SKS2BK. Teruskan usaha anda. Usah mudah patah semangat. Semoga usaha anda dihargai semua pihak.

    ReplyDelete