Wednesday, June 25, 2014

KARNIVAL 3K

Karnival 3K (Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan) telah diadakan di Jabatan Pendidikan Negeri Selangor pada 25 Jun 2014. Seramai tiga orang murid Tahun 5, iaitu Muhammad Haziq Qayyum bin Muhammad Fauzi, Syed Danish Ammar bin Syed Azam Fouzi dan Muhammad Uzair bin Mohd Zan serta diiringi oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), Puan Norliza Hanim bt. Razali telah menyertai karnival ini. Karnival ini bertujuan bagi meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid-murid tentang kepentingan mengamalkan amalan 3K di samping menjadi rol model kepada murid-murid yang lain. Banyak aktiviti telah disediakan oleh pihak penganjur. Para peserta telah terlibat aktif semasa karnival tersebut.










No comments:

Post a Comment