Saturday, June 21, 2014

Hari Terbuka Sekolah 2014 ( Tahap 1 )

Proses Hari Terbuka Sekolah SK Seksyen 2 Bandar Kinrara pada tahun ini diubahsuai dan dibuat penambahbaikan. Hari Terbuka untuk murid tahap 1 dijalankan pada hari ini, manakala hari terbuka untuk murid tahap 2 akan diadakan pada 27 Jun 2014, Khamis. Ibu Bapa yang hadir akan mendaftar dahulu di kaunter pendaftaran, mengambil nombor giliran kemudian bergerak ke dewan untuk bertemu guru kelas. 

Tahun ini ibu bapa berpeluang bertemu dengan guru kelas dan juga guru bagi semua matapelajaran terutamanya untuk subjek teras. Jadi, perbincangan antara ibu bapa dan guru dapat diperincikan dengan lebih mendalam tentang perihal anak masing-masing. Borang maklumbalas ibu bapa terhadap guru juga disediakan untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan guru dan bertujuan mempertingkatkan lagi kualiti profesionalisma guru SKS2BK. Ibu bapa akan mendapatkan tandatangan guru yang ditemui dan menulis komen di bahagian yang disediakan. Borang ini perlulah dimasukkan ke dalam kotak yang telah disediakan.

Objektif Hari Terbuka :
  1. Membincangkan prestasi pembelajaran anak.
  2. Membincangkan pembangunan dan kemajuan anak secara keseluruhan (termasuk sahsiah & kokurikulum)
  3. Hal-hal lain yang difikirkan perlu.
  4. Mewujudkan hubungan baik secara langsung antara ibu bapa/penjaga dengan guru dan sekolah.






Terima Kasih diucapakan kepada semua Ibu bapa yang hadir dan semua pihak yang telah bertungkus lumus menjayakan Hari Terbuka Sekolah SKS2BK 2014 (Tahap 1)

No comments:

Post a Comment