Friday, June 20, 2014

Penyampaian Hadiah Bas PINTAR

PINTAR - singkatan kepada Promoting Intelligence, Nurturing Talent and Advocating Responsibility adalah program untuk meningkatkan kecemerlangan akademik di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Sejak dilancarkan, PINTAR telah melaksanakan banyak aktiviti untuk meningkatkan kualiti sekolah-sekolah di bawah program ini. Kunjungan bas PINTAR adalah suatu usaha untuk mempromosikan teknologi dan dunia tanpa sempadan.





Pada 11 Mac yang lalu, Bas PINTAR telah datang ke SK Seksyen 2 Bandar Kinrara.
 Murid-murid SK Seksyen 2 Bandar Kinrara tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama menyertai pertandingan dan aktiviti yang telah dijalankan. Tiga orang murid telah berjaya memenangi pertandingan yang dijalankan oleh pihak Bas PINTAR dan menerima hadiah yang begitu menarik pada pagi ini. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh ibunda SK Seksyen 2 Bandar Kinrara, Pn. Hjh. Rabiyah bt Fakir Mohd. 
Mereka ialah :



Tempat Pertama             : Faiz Danial bin Azami
Hadiah Tempat Pertama : Kupon KFC RM100, Tablet Acer, Kupon Baju Professor & duit RM400

Tempat Kedua               : Jayavignesh A/L Jayaprakash
Hadiah Tempat Kedua   : Kupon KFC RM100, Kupon Baju Professor & duit RM300

Tempat Ketiga               : Ahmad Naqib bin Feizal
Hadiah Tempat Ketiga   : Kupon KFC RM100, Kupon Baju Professor & duit RM 100

Tahniah diucapkan kepada pemenang.


No comments:

Post a Comment