Thursday, June 19, 2014

HARI MINI ANUGERAH CEMERLANG 2

Pada hari Isnin, 16 Jun 2014 SK Seksyen 2 Bandar Kinrara telah mengadakan Hari Mini Anugerah Cemerlang kali ke-2 untuk tahun 2014. Hari Mini Anugerah Cemerlang ini diadakan adalah untuk mengiktiraf murid-murid yang cemerlang dalam akademik. Oleh itu, segala kecemerlangan yang dicapai oleh setiap murid wajar diberi pengiktirafan oleh pihak sekolah.

Hari Mini Anugerah Cemerlang yang diadakan akan terus menjadi tradisi sekolah dalam meraikan murid-murid yang menunjukkan potensi dan kesungguhan dalam untuk mencapai kecemerlangan akademik sepanjang tahun. Adalah menjadi harapan supaya pengiktirafan ini dapat menjadi motivasi kepada setiap murid untuk mencontohi atau mengulangi kejayaan yang sama atau lebih baik pada peperiksaan yang berikutnya.

Terdapat 120 orang murid telah layak menerima anugerah tersebut yang merangkumi Anugerah Kedudukan Terbaik Aliran Tahun 1 hingga 6 dan Anugerah Peningkatan Akademik terbaik Tahun 1 hingga 6. Jutaan terima kasih kepada ibu bapa yang telah hadir bagi memeriahkan lagi majlis penganugerahan.








No comments:

Post a Comment