Tuesday, May 27, 2008

Bengkel Peta Minda

Pihak sekolah dengan anjuran syarikat Stabilo telah mengadakan bengkel peta minda pada Khamis 22.05.08 dari 8.00 pagi hingga 10.00 pagi kepada murid-murid SKS2BK dari Tahun 4 hingga ke Tahun 6. Menurut Tony Buzan, individu yang mempelopori peta minda, kemahiran membuat peta minda mampu meningkatkan daya ingatan murid. Selain itu faktor kepelbagaian warna dalam peta minda yang dibuat juga dapat mempertingkatkan keupayaan pengstoran maklumat ke dalam memori. Hal ini dibuktikan di akhir sesi di mana murid diuji untuk mencatat semula maklumat yang dilihat pada peta minda yang dipaparkan di layar. Murid-murid yang berjaya mencatat kesemua maklumat dengan lengkap telah diberi penghargaan oleh pihak Stabilo. Adalah diharapkan murid-murid dapat mengamalkan kemahiran peta minda yang dipelajari di dalam pembelajaran.



No comments:

Post a Comment