Saturday, May 24, 2008

"MINI BOWLING"











Pada Jumaat yang lepas, setelah penat bekerja, dan juga untuk melepaskan segala tekanan, kami seramai 20 orang guru & kakitangan SKS2BK, suami & anak-anak menyertai Mini Bowling yang diadakan mulai jam 3.00 ptg - 5.30 petang bertempat di Bukit Jalil Golf Club. Sungguh seronok dengan pelbagai kerenah guru-guru, menjerit, suka, marah, dan macam-macam. Paling melucukan, ada bola bowling yang sepatutnya ke hadapan, tapi meluncur ke belakang. Macamana tu? Walaupun ada di kalangan kami baru pertama kali mencuba, namun gaya dan pencapaian yang ditunjukkan, mengalahkan Shalin Zulkifli. Pelbagai hadiah disediakan untuk kategori juara & naib juara keseluruhan, juara kumpulan, individu terbanyak dan saguhati. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan kepada semua penyumbang hadiah iaitu En Razli, Syarikat Shahoman dan Unit HEM. Semoga di lain kali, aktiviti seperti ini terus diadakan dan mendapat penyertaan yang lebih memberansangkan. Jumpa lagi di temasya bowling di Bukit Jalil Golf Club.

4 comments:

  1. siapa menang? (buat2 xtau plak) yang kalah jgn sedih try lagi nanti. practice bagi byk ckit kurangkan masuk longkang, baling ke depan bukan ke belakang, kena fokus lebih ckit.... klu nk suruh ajar tanya cikgu azmin dulu....

    ReplyDelete
  2. seronok giler....sapa x join memang rugi. tahniah kepada yang menang...yg kalah jgn putus asa. kita practice lg . yg masuk longkang e2 perkara biasa. yg bola ke belakang jgn malu plak nak main lg. kite kn amatur. nanti kite g main lg erk...

    ReplyDelete
  3. Bukan senang nak baling bola boling ke belakang cuma yang amatur aje yang boleh. Kira hebat apa..... siapa yang nak pecah rekod ni.. jumpa lagi di pertandingan yang akan datang. Selamat Mencuba dan Jangan putus asa untuk mencuba teknik baling belakang.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete