Thursday, May 8, 2008

PERSIAPAN AKHIR MENJELANG LAWATAN PEGAWAI JPNS DAN PEGAWAI-PEGAWAI PELAJARAN DAERAH NEGERI SELANGOR KE BILIK BOSS SPBT SKS2BK




Sempena lawatan pegawai-pegawai di atas pada esok pagi(Jumaat, 09 Mei 2008) ke bilik BOSS SPBT SKS2BK, petang ini dilakukan persiapan-persiapan terakhir. Seramai 8 orang guru bertungkus lumus menyingsing lengan membuat persiapan terakhir ini iaitu Pn Nafisah, Pn Norhafizah, Pn Syarifah Noordiran, Cik Marlina, Pn Juliana, Pn Zuria, En Yusri dan Pn Aida Salwani. Walaupun memenatkan, namun semua berkerja dengan penuh semangat. Apa yang penting, kerjasama sepasukan diharap akan membuahkan kejayaan. "Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian".... Segala-galanya adalah untuk SKS2BK yang kami sayangi. Kepada GB, En Sukimin, sokongan padu cikgu menjadi pendorong semangat kepada kami semua...... terima kasih cikgu! Juga tidak lupa kepada AJK PIBG, yang turut membantu dan memberi sokongan. Jasa anda semua tetap kami hargai dan tetap dikenang. Kepada guru-guru SKS2BK, doakan bersama... kalau berjaya, kejayaan ini adalah milik kita semua.....

3 comments:

  1. Harap-harap hajat kita semua tercapai hendaknya,Insyaallah!

    ReplyDelete
  2. Syabas di atas usaha yang bersungguh-sungguh. Didoakan semoga berjaya seperti apa yang dihajati. Maaf kerana tidak dapat bersama.

    - UKM

    ReplyDelete
  3. syabas .. moga segala usaha ini mendapat berkat dan akan berjaya ..insyallah

    ReplyDelete