Saturday, May 3, 2008

Kem Bestari Solat 2 / 2008





Kem Bestari Solat 2 telah diadakan pada 3 Mei 2008 (Sabtu) dari 7.30 pagi hingga 12.30 petang. Murid-murid yang terlibat adalah dari tahun 1 dan 2. Aktiviti yang telah diadakan seperti pengenalan tentang wuduk dan niat wuduk, amali wuduk, penilaian, bacaan dalam solat, lafaz niat, bacaan surah dan amali solat. Melalui kem bestari solat ini murid-murid diharap dapat menguasai asas-asas solat dan teknik-teknik yang betul untuk menunaikan solat.

No comments:

Post a Comment